Tidak dinafikan, lakonan hebat Emma Maembong yang memegang watak Emi menerusi drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan sangat mengagumkan.
Drama yang mengisahkan mengenai isu kisah rumahtangga dan persahabatan kawan baik ini telah pun melabuhkan tirainya, semalam.
Menerusi laman media sosial Emma, dia meluahkan rasa syukur kepada semua tenaga kerja yang telah menjayakan drama berkenaan.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun itu menitip ucapan terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong drama 20 episod itu.
Ads
“alhamdulillah drama #cemburuserongperempuan settled.i would like to say thank you to everyone here in this picture for making this drama happen tanpa korang semua pon takkan berjaya drama ni.
“insyaallah kita berjumpa lagi kalau lah ada part2thank you semua yg support . #emanizers #EmmaMaembong @emanizers,” tulisnya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Lantas, watak seorang isteri yang menghidap penyakit mental itu yang dilakonkan Emma bukan sahaja menjadi perhatian malah turut mendapat pujian penonton.
Ads
Selain Emma, drama 20 episod ini turut dibintangi Amar Baharin, Amyra Rosly, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sabrina Ali dan ramai lagi.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sedikit sedutan drama terkini lakonannya, pelakon Elizad Sharifuddin ada meluahkan kemarahan apabila ‘dijodohkan’ dengan madu yang serba tidak kena!
Gelagat rakan pelakon Zila Bakarin yang sentiasa mempertikai setiap perkara dengan dialog wajib ‘kenapa ek’ nyata membuatkan netizen terhibur.
“Eiiii mcm mana lahhh dapat madoooo jenis macam ni . Tiap masa laser!
“Tiap masa x kena . Sakittt pulakkk hati kite wakkkk,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu pengguna media sosial pula memberi reaksi, kata-kata ‘ek’ yang selalu kedengaran dari mulut pelakon itu seolah-olah seperti gelagat kambing meminta makanan.
Malah ada juga yang memuji lakonan pelakon berusia 44 tahun ini yang disifatkan menceriakan suasana meski ada sikap menjengkelkan.
Foto : Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan kecederaan di bahagian kening anak sulungnya, Mohamad Jad Thaqif.
Bagaimanapun, Ajak menganggap kecederaan yang menimpa anaknya itu sebagai satu ujian untuknya dalam melalui fasa seorang dewasa.
“Proses untuk dewasa Jad…Baru nampak jantan sket ye dak??
“Dia bergurau dgn Sheikh Had baling2 beg sekali kena baling dgn botol minyak wangi daaa,” tulis bapa kepada tiga orang anak itu.
Jika kebanyakan pelakon lelaki lain akan menerangkan terlebih dahulu kepada isteri masing-masing sekiranya mereka terlibat dalam sebarang adegan mesra dan daring, namun hal itu berlainan buat aktor Aidit Noh.
Menurut Aidit atau nama sebenar, Ahmad Aidit Noh, 30, dia tidak memaklumkan perkara itu kepada isterinya, Hanani, 24, dan itu antara perkara yang merisaukannya ketika drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang akan bakal ditayangkan bermula 27 Februari ini.
Menerusi drama arahan Uchee Fukada itu, terdapat beberapa babak daring dan menggoda termasuk adegan di bilik tidur melibatkan Aidit bersama Uqasha Senrose.
“Cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa karakter lelaki baik.
“Rupanya tidak. Kalau berlakon curang saya tak kisah tetapi ini curang lain… sampai ke atas katil. Saya pun takut dengan isteri saya ni (berseloroh). Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.
“Cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain.
“Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab. Kalau tidak pun, nak dekat-dekat masa tayangan drama tu, saya bawalah dia keluar shopping,” katanya sambil tertawa kepada MH.
Aidit ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama Isteri Halal yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya sebagai Zayn, suami yang curang dengan kawan baik isterinya sendiri, Aidit mengatakan dia tetap meletakkan batas apabila melakonkan babak-babak intim dalam drama tersebut.
Dia akan terlebih dahulu berbincang dengan rakan gandingannya iaitu Uqasha dan setiap aksi mereka terlebih dahulu telah dikoreograf agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
“Saya akan duduk sama-sama berbincang dengan Uqasha dan bertanyakan kepadanya apakah limitasi yang dia mahukan sewaktu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan sewaktu berlakon bersama.
“Bila kami dah bincang, setiap pergerakan memang saya akan beritahu bagaimana saya mahu lakukannya… tidaklah saya tiba-tiba terus memegang. Kalau kita tak beritahu, orang pun akan terkejut.
“Jadi disebabkan itu, kami banyak berkomunikasi untuk menghasilkan babak yang nampak real walaupun hanya bermain dengan shot sahaja,” katanya lagi.
Selain Aidit, drama Isteri Halal terbitan Radius One Sdn Bhd. itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Nazim Othman, Uqasha Senrose, Isyariana, Aishah Atan, Riz Amin dan Sahronizam Noor dan Qazem Nor.
Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari ini, jam 6.00 petang menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia mengisahkan mengenai Zayn yang berlaku curang terhadap isterinya, Adelia lakonan Isyariana. Dia ‘menduakan’ isteri dengan berskandal bersama sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra yang dilakonkan Uqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.