Pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan isterinya, Datin Diyana Halik turut sama teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lakonannya menerusi drama rantaian, Suami Lelaki Pendosa.
Menurut Aaron, meski dia mendukung sebagai watak lelaki songsang (homoseksual), isterinya percaya dan memberikan sokongan penuh untuk melakonkan peranan sebagai Dean Ilyas.
“Sebenarnya dia yang paling suka dan tidak sabar nak tengok lakonan saya bersama Gambit dalam drama ini. Dia memang bagi sokongan penuh kerana percaya ini antara cabaran baru dalam kerjaya lakonan saya,” katanya.
Walaupun sedia maklum mengenai watak sedemikian agak sensitif, Aaron menjelaskan isteri serta anak-anak bersikap terbuka kerana ia hanyalah lakonan semata-mata dan mempunyai mesej tersendiri.
“Saya rasa bertuah sebab isteri bersikap terbuka dan dia okey apabila diberikan tawaran nenerusi watak ini. Malah, anak-anak pun okey,” katanya lagi ketika ditemui pada sidang media drama berkenaan secara virtual, baru-baru ini.
Aaron pada masa sama mengharapkan agar penonton memahami perjalanan cerita sekaligus mendoakan respon baik daripada semua.
“Jadi saya harap penonton pun akan bersikap terbuka, sebab macam yang kita tahu isu songsang ini bukan satu isu yang baru. Ia sememangnya ada berlalu di sekeliling masyarakat kita.
“Oleh itu saya harap drama ini dapat diterima baik oleh penonton, insyaAllah” katanya.
Selain Aaron, drama bersiri 28 episod ini turut dibintangi pelakon antaranya, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi.
Suamiku Lelaki Pendosa merupakan naskhah drama yang diadaptasi novel berjudul ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya penulisan oleh Umie Nadzimah.
Drama arahan Eyra Rahman ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI