Tahniah diucapkan kepada pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana yang selamat bersalin cahaya mata sulung pada 7 April lalu.
Menerusi Instagram, adik kepada aktres Sharifah Amani ini memaklum dia terpaksa melalui proses pembedahan secara kecemasan untuk melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu
“He’s here. 7th April 2023. 3.2kgs emergency c-section.
“Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik saya hanya mahu sedikit masa untuk pulih.
“Terima kasih semua untuk semua doa dan bantuan. Saya bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang baik,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Imbas kembali, Aryana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada 15 Januari 2021.
Perkongsian berkenaan turut dilimpahi dengan titipan doa serta ucapan tahniah daripada rakan dan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menangis Gelang Anak Harga RM7,000 Hilang…,” – Puteri Sarah Kongsi Kisah, Teruja Pertama Kali Catwalk Dengan Sumayyah Pakai Barang Kemas RM150,000
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana teruja apabila dia muncul sebagai antara model yang melewati pentas peragaan bersama anak perempuannya, Sumayyah buat pertama kali.
Tampil sedondon mengenakan persalinan merah jambu fuschia, keduanya tampil mempersona dengan koleksi Lady Bug dan LOM daripada Trishya & Co bernilai RM150,000.
Menurut Puteri Sarah, dia sememangnya penggemar barangan kemas dan mula mengumpulnya sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Saya memang suka emas dan ia salah satu pelaburan yang buat sejak remaja lagi. Namun begitu saya lebih tertarik pada rekaan yang moden yang boleh disuai padan dan rekaan Trishya & Co ini terutamanya LOM sangat menepati cita rasa saya.
“Saya juga buat pelaburan emas untuk Sumayyah kerana harga emas sentiasa meningkat, mungkin apabila Sumayyah sudah besar nanti harga emas waktu itu sangat mahal.
“Jenama Trishya & Co ini boleh pergi jauh dan saya berharap ia menjadi viral sebagaimana koleksi barangan kemas yang saya pernah pakai sebelum ini sehingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui Majlis Pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah yang diingati apabila bercerita mengenai emas, ibu kepada dua cahaya mata ini akui gelang lipan yang dipakai pernah Sumayyah hilang.
“Gelang lipan dipakai Sumayyah hilang, menangis saya. Kumpul duit dan bila sudah ada rezeki beli baru balik. Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh hilang, cuma ketika itu Hari Raya.
“Harga gelang bentuk itu untuk budak sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari baru sedar hilang. Iyalah sebelum ini kita ingat ia akan ada sahaja dekat tangan dia. Bila tersedar dan tanya, Sumayyah pun tak tahu.
“Saya anggap tak ada rezeki. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah. Pakai barang kemas bila perlu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, 56, berkata, pihaknya amat teruja dan sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama ini di peringkat antabarangsa.
“Kami di Trishya & Co amat berbesar hati menerima undangan ini yang diperkenalkan oleh sahabat saya juga merupakan peminat LOM. Kami berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa.
“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.
Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, pula menambah, dia terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaan sinonim dengan imej sesebuah negara.
“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting, kebiasaannya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.
“Jadi saya terfikir, kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM.
“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu educate remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.
Ujarnya lagi, pelan simpanan emas secara bijak ditawarkan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan, kemudian pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co.
Bagi yang berminat memiliki barangan kemas jenama ini, boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau berkunjung ke dua cawangannya di Johor Bahru dan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Meraikan Sambutan Hari Jadi Anak Fad Bocey, Si Kembar Kini Sudah Cecah 3 Tahun. Ini Foto-Foto Sekitarnya!
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey dan isteri, Nur Syahirah Rahman telah menyambut ulang tahun hari jadi anak kembarnya baru-baru ini.
Majlis yang disambut meriah itu melihatkan kedua-dua kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang ceria.
Pasangan berkenaan telah memuat naik foto sekitarnya menerusi Instagram.
Turut hadir bersama rakan selebriti terdekat iaitu Johan dan Black sekeluarga.
Untuk rekod, Fad dan Syahirah telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu si kembar, Hayyan (abang) dan Zayyan (adik) serta Nur Aminah Mishall, 1 tahun.
Foto : Instagram Fad Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Sepakat Pilih HUAWEI Siri P30 Sebab 5 Ciri Hebatnya!
Meski lebih seminggu sambutan Hari Raya Aidil Fitri dirai, namun kehangatan dan kemeriahannya masih lagi terasa apabila ada yang mengambil cuti panjang untuk isi masa bersama famili tersayang.
Jadi pastinya, momen yang paling menyeronokkan adalah aktiviti bergambar dengan seluruh ahli keluarga.
Abadikan memori indah bersama yang tersayang menggunakan telefon pintar Huawei model di bawah Series HUAWEI P30. Barulah raya jadi ‘ohsem!’.
Atas 5 ciri hebatnya ini, HUAWEI P30 pasti jadi pilihan terbaik, tiada lagi rasa ragu bila merakam foto!
Kehebatan 50x Zoom yang ‘wow!’
Tahukah anda, telefon pintar ini mampu mengambil gambar sehingga 50x zoom.
Untuk siri ini, HUAWEI memperkenalkan sistem Super Zoom di mana, anda boleh mengambil gambar dari jarak yang jauh tetapi hasilnya tetap jelas.
Misalnya jika anda mahu rakam foto bulan purnama malam raya, model P30 ini adalah solusinya.
Normal View
Zoom 10x
Zoom 50x
Foto: Sufian Ghaffar
Rakaman Gambar Waktu Malam Yang Menakjubkan
Foto: Amsyar Naaif
P30 juga mampu untuk mengambil gambar dengan jelas walaupun dalam situasi cahaya rendah. Ini kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan sensor terkini, Supersensing.
Rakamlah momen ketika anda sedang isi masa bersama sanak saudara bermain bunga api di halaman pada waktu malam, tiada masalah. Tak perlu edit untuk lebih cerah kerana ia tersedia jelas.
Lensa Yang Lebih Lebar, Tiada Satu Pun Akan Tertinggal
Marakam foto seisi keluarga kadang kala di pagi Raya lalu merupakan satu cabaran juga, lebih-lebih lagi kalau kalian ramai. Jadi untuk menyusun posisi yang ideal supaya tiada seorang pun yang tertinggal, kadang kala ia makan masa.
Pastinya akan jadi lebih mudah andai menggunakan HUAWEI model P30 yang dilengkapi dengan Ultra Wide Angle Lens ini. Dengan lensa yang yang lebih lebar, masalah ‘off frame’ tidak akan berlaku lagi. Barulah tiada imej ahli keluarga yang terpaksa ‘cropped’!
Situasi sama pun pasti tak akan berlaku apabila anda mahu merakam momen saat menghadiri rumah terbuka rakan-rakan pula.
AR Measurement Toolkit, Mudahkan Pengguna
Tidak seperti telefon pintar lain, Model P30 ini memiliki ciri tambahan lain yang unik. Antaranya ialah AR Measurement Toolkit. Menerusi ciri Huawei TOF Camera, anda mampu mendapat sesuatu ukuran tepat dengan senang dan mudah.
Jadi, ciri ini bolehlah membantu ibu kalian yang misalnya mahu alter baju raya, langsir dan sebagainya. Tak perlu lagi cari pita pengukur, kerja pun jadi senang.
Berbekal Bateri 4,200 mAh, Pergi Beraya Tempoh Lama Pun Tetap Okay
Anda juga tidak perlu risau tentang jangka hayat bateri sekiranya perlu menempuh perjalanan jauh di musim perayaan yang lama dalam kesesakan trafik.
Ini kerana model telefon pintar ini mempunyai bekalan bateri sehingga 4200mAh dan ia mampu bertahan sepanjang hari dengan hanya sekali caj.
Jadi, pergilah beraya 10 buah rumah sekali pun contohnya, telefon anda masih lagi ‘steady’, tak perlu risau nak cari powerbank.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan segera model telefon pintar HUAWEI P30 dan P30 Pro untuk memastikan momen Raya anda tahun ini lebih bermakna.
Sempena Hari Raya, Huawei ada tawaran yang hebat apabila korang beli siri P30 ni. Korang berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk memenangi Huawei M3 Lite mulai 3 Mei hingga 16 Jun 2019. Untuk info lanjut, klik https://huawei-raya.com/.
Ada lagi! Dengan pembelian Huawei P30 di kedai dalam talian atau kedai Huawei, korang boleh bawa pulang Wireless Charging Case. Untuk pembelian Huawei P30 Pro pula, korang dapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI