Pelakon, Zarina Zainuddin memanjatkan rasa syukur apabila berkesempatan memohon maaf sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Rabu.
Menurut Zarina, dia sebenarnya sudah lama tidak bercakap dengan arwah ibunya itu gara-gara terasa hati.
“Lama juga saya tak bercakap dengan mak saya gara-gara kecil hati dengan dia. Baru-baru ini, sewaktu saya tidur, saya dengar suara suami saya bercakap.
“Saya ingat saya mimpi tapi bila saya pusing, saya tengok dia tengah bercakap dengan saya. Suami saya kata, jangan keraskan hati dengan mak. Macam mana sekalipun, itu mak Ina.
“Abang dah tiada mak. Terus saya mesej mak saya mintak maaf. Saya sempat jumpa arwah minggu lepas masa saya pergi Taiping,”tulisnya.
Perkata itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rajuk Karina itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga lega apabila dapat bertemu dengan ibu dan merasa air tangannya buat kali yang terakhir pada minggu lepas.
“Balik dari Taiping, saya singgah rumah mak. Dia masakkan sambal telur.
“Saya cakap jomlah pegi KL. Dia cakap dia tak nak sebab papa pun tak berapa sihat. Senang mak saya pergi,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Zarina turut memanjatkan doa semoga arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Ya Allah ampunkan dosa-dosa mak aku. Rahmatilah dia dan tempatkankan dia dikalangan orang-orang yang beriman.
“Kali terakhir mak mesej saya mlm tadi masa saya balik shooting,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Zarina turut memaklumkan jenazah ibunya itu akan disempurnakan di Ipoh pada Rabu.
“Arwah akan di mandi di solat dan di kebumikan di Ipoh, Perak. Last saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zarina.
“Salam takziah. Semoga rohnya dihimpunkan bersama orang-orang soleh,” komen seorang netizen.
“Beb, mama dah tiada? Takziah beb. Ku doakan mama ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” komen pelakon, Sheila Rusli.
“Takziah kakak sayang. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Peluk akak,” komen pelakon, Nadia Aqilah.
“Salam takziah. Maaf tak dapat nak tengok mama untuk kali terakhir,” balas pelakon, Anne Abdullah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarina Zainuddin