Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan perasaan rindu bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran ibunya, hari ini.
Pada masa sama, Mark turut memuat naik rakaman video kenangan bersama ibu tercinta.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Filipina oleh kerana pihak kerajaan masih lagi dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Malah, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap dapat bertemu dengan ibunya selepas pandemik Covid-19 berakhir.
“Happy birthday syurga, setiap kali birthday awak mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya.
“Saya sangat bersyukur, semoga sihat selalu mak we miss u, stay safe, we will see u first thing after the pandemic insyaallah,” tulisnya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam