Penyanyi, Shahir ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu ada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Kongsi Shahir, dia kini berasa kekok untuk kembali menyanyi setelah sekian lama tidak menyanyi.
“Lama x pegang mic kekok pula rasanya, lama juga x update ig.. pun kekok rasanya.
“Alhamdulillah.. Im back! Nantikan PLATFORM januari 2020 di Tv Al-Hijrah,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B6RzqmijSJ2FkicCTHz8JLXjpnknUtIQPEOMOg0/?igshid=pj2i38z6vzha
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Shahir kembali aktif dalam nyanyian seperti sebelum ini.
Sekadar informasi, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi merupakan juara untuk program nyanyian realiti Akademi Fantasia kelapan.
Terdahulu, Shahir pernah membuat kemunculan menerusi muzik video lagu terbaru Erra Fazira, Menangkah Cinta.
Video: Instagram Shahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sepanjang 17 Tahun, Kami Lalui Pengalaman Yang Hebat,” – Il Divo Umum Ahli Kumpulan, Carlos Marin Meninggal Dunia
Dunia muzik antarabangsa hari ini meratapi pemergian vokalis lelaki terkenal, Carlos Marin, 53, yang meninggal dunia pada Ahad, setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Menchester Royal Medical Center, England pada 8 Disember lalu.
Kematian Carlos telah diumumkan oleh tiga lagi ahli kumpulan Il Divo yang lain, David Miller, Sébastien Izambard, and Urs Bühler menerusi laman web kumpulan tersebut.
“Dengan berat hati kami memberitahu anda bahawa rakan dan ahli kumpulan kami, Carlos Marin, telah meninggal dunia. Dia akan dirindui oleh rakan-rakan, keluarga dan peminatnya. Tidak akan ada lagi suara atau semangat seperti Carlos,” kongsi Il Divo.
Sambung mereka lagi, “Sepanjang 17 tahun kami berempat melalui perjalanan yang hebat Il Divo ini bersama-sama, dan kami akan merindui sahabat tersayang kami. Kami berharap dan berdoa agar rohnya akan berehat dengan tenang.”
Sebelum berita tentang kemasukan Carlos ke hospital tular, kumpulan klasikal moden ini telah menunda jelajah Konsert Krismas 2021 disebabkan sakit berterusan yang dihidapi mendiang.
Popular dengan paduan vokal yang memukau, Il Divo ialah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada empat vokalis tenor dan bariton yang berasal dari empat negara berbeza. Urs Bühler berasal dari Switzerland, David Miller dari Amerika Syarikat, Sebastien Izambard dari Perancis dan Carlos Marín dari Sepanyol.
Mereka berempat telah disatukan bersama sebagai satu kumpulan oleh personaliti televisyen dan muzik terkenal, Simon Cowell. Kumpulan ini bernaung di bawah label Syco Records yang merupakan anak syarikat Sony Music.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Simon Cowell berkata, “Susah untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasakan sekarang. Saya berasa sangat sedih dengan pemergian Carlos.
“Dia sukakan kehidupan, dia suka melakukan persembahan dan sentiasa menunjukkan apresiasi kepada peminat yang menyokong kumpulan tersebut sejak hari pertama. Rehatlah dengan tenang Carlos. Saya akan merindui kamu.”
Sepanjang kerjaya mereka selama lebih 17 tahun, kumpulan Il Divo telah menjual lebih 30 juta album seluruh dunia. Kumpulan juga mencipta rekod apabila tiket konsert untuk album pertama mereka terjual lebih dua juta keping.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Il Divo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Lunak Suara Heliza Helmi Alunkan Lagu Kemarin, Netizen Rasa Sebak!
Terbaru, bintang kelahiran daripada Akademi Fantasia musim kelima, Heliza Helmi telah memuat naik beberapa potongan video di laman media sosial akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Heliza telah menjadi tetamu jemputan program bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 bagi menghebahkan misi kemanusiaan pasukannya di Syria.
Heliza atau nama sebenar Nur Heliza Helmi telah berkongsi ketika dia menyanyikan lagu Kemarin nyanyian oleh kumpulan Indonesia, Seventeen di program bual bicara tersebut.
“Bismillahirrahmanirrahim Today is the day I’ve been wating for….Siapa akan terus bersama mengikuti update dan sama sama berjuang menyalurkan dana Komen “#RescueSyria”Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com”
“Untuk version lagu Cover Kemarin boleh Subscribe Youtube Channel : The Helmis #TheHelmis #rescuesyria”tulisnya.
Sekaligus, perkongsian penyanyi yang berusia 33 tahun itu telah mendapat perhatian daripada penonton apabila mendengar kelunakan suara penyanyi itu.
Malah, netizen juga turut berasa sebak apabila menonton rakaman video tersebut.
Video : Instagram Heliza Helmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Judika Nyanyi Lagu Tak Mungkin Bersama, Air Mata BCL Tumpah, Dirakam Sebak Di Kerusi Juri Indonesian Idol
Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat.
Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, tempoh hari.
Difahamkan, Judika sebelum menyampaikan lagu berkenaan turut menjelaskan, ia berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.
Bunga (BCL) yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan tangis.
Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku bagaimanapun tetap meneruskan nyayian.
Sementara itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.
Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Bintang itu mengahwini penyanyi BCL pada 2008 dan dikurniakan seorang permata hati lelaki, Noah Sinclair.
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.
Sejurus menyampaikan lagu berkenaan, Judika turut memberi ucapan serta dedikasi buat BCL.
Foto: YouTube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI