Beberapa hantaran foto milik penyanyi Mas Idayu mencuri perhatian wargamaya sejak awal September lalu apabila bintang berusia 49 tahun ini berkongsi penampilan diri yang mengenakan hijab.
Tampil lebih sopan sambil berkongsi aktiviti harian kepada peminat dan pengikutnya, figura Mas Idayu mendapat reaksi baik ramai.
Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai penampilannya itu, namun hantaran foto sedang ‘dine in’ dari penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cintaku 100% itu menerima reaksi pelbagai pada ruangan, antaranya;
Awal semalam, pelakon Mira Filzah ada memberi ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question menerusi Instagram.
Pelbagai soalan telah diutarakan peminat dan dijawab ringkas Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-32 ini.
Bagaimanapun, antara soalan yang menarik perhatian adalah apabila pelakon Sweet Dreams ini ditanya sama ada adalah dia rasa ‘sayang’ atau tidak untuk tanggalkan solekan sebelum mengambil wuduk.
“Pernah tak rasa sayang nak buang makeup before nak ambil wuduk?,” tanya salah seorang pengguna media sosial.
Lalu ia dijawab ringkas Mira.
“Tak. Rasa lagi sayang kalau solat tu tak sah bila tak buang makeup betul-betul before ambil wudhuk,” jawabnya.
Dalam perkembangan lain, Mira baru sahaja muncul menerusi single terbaru Caprice, Baby Sayang dan muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton menerusi YouTube.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman Twitter apabila satu potongan video pendek yang dirakam menerusi aplikasi boomerang mirip pelakon Eyka Farhana dengan bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.
Video yang dimuat naik menerusi akaun Perak Power kira-kira dua hari lalu itu sudah pun mendapat hampir 70,000 tontonan setakat kini.
“Selamat Petang. Apa buat cuti cuti ni? Selamat bercuti,” tulis status berkenan.
Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai netizen.
Malah difahamkan, Eyka sendiri ada memuat naik foto bersama bintang sukan berkenaan menerusi Insta Stories yang dipercayai diambil di sebuah destinasi percutian.
Foto: Twitter Perak Power
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendedahkan dia sebenarnya sudah lama melupakan episod hitam yang melanda selepas bercerai dengan bekas suami yang juga aktor popular, Norman Hakim.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, dia akui pada awalnya dia berasa sedih untuk melalui fasa tersebut, namun dia bersyukur kerana Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
“Kisah move ini sudah pun 14 tahun berlalu. Untuk kisah saya, sebenarnya saya dah lupakan pun sebab saya dah lama move on daripada kejadian itu. Pada awalnya memang sakit sangat sebab masa itu, saya ada anak-anak yang masih kecil.
“Kesedihan saya pada ketika itu hanya kerana anak-anak tapi saya cepat pulih semula daripada keadaan itu sebab saya rasa Allah sayangkan saya. Jadi, saya bersyukur sangat.
“Hikmah daripada kejadian tersebut adalah Allah beri saya kehidupan baru. Kalau saya tak lalui semua itu, tak mungkin saya akan jadi seperti hari ini,” katanya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu berkata sedemikian ketika menjadi tetamu undangan di program Wanita Hari Ini pada Isnin.
Katanya lagi, hikmah daripada ujian yang dilaluinya itu menjadikan dirinya lebih dekat dengan Sang Pencipta.
“Saya lalui satu ujian yang sangat hebat untuk seorang wanita pada ketika itu. Ada satu ketika saya rasa seperti tak tahu nak ke mana. Saya tak putus berdoa ‘Ya Allah tolong la aku’.
“Ada setengah orang bila ditimpa ujian besar seperti itu, mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi saya pula Allah bukakan jalan baru yang lebih baik.
“Allah beri semangat untuk saya terima kenyataan. Orang dah tak sudi, jadi kita berbalik kepada qada’ dan qadar Allah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Abby turut bersyukur kerana dia dan bekas suami sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anak meskipun selepas berpisah.
“Saya rasa masing-masing ada kesedaran sama ada daripada pihak saya dan juga bekas suami. Untuk kisah kami ini, saya yang mulakan dahulu untuk buka jalan mencari penyelesaian terbaik.
“Sesetengah pasangan bila bercerai, mereka tak bagi berjumpa dengan anak tapi untuk kisah kami ini, itu tidak berlaku. Kami tidak berebut anak-anak. Kita sama-sama jaga sebab saya tahu nanti Allah akan tanya. Tanggungjawab itu kami pikul bersama,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang sinonim menerusi drama, Gerak Khas ini turut berharap agar masyarakat dapat berfikiran lebih terbuka mengenai hubungan baik bersama bekas pasangan meskipun selepas berpisah.
“Apapun, saya memang nampak Norman dan Memey memang ditakdirkan untuk bersama. Sebenarnya perasaan suami isteri tu dah tiada lagi. Kami ni memang hanya berkawan. Kalau kami beraya bersama itu, anak-anak pun ada.
“Saya akui memang ada yang kecam. Ada yang kata saya ni masih lagi nak dekat Norman sebab itu masih nak beraya sama-sama. Nampak macam saya pula yang salah sebab nak rebut Norman.
“Saya rasa perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Masyarakat kena lebih terbuka. Saya berbaik ini kerana Allah. Saya nak anak-anak saya membesar dalam keadaan tiada tekanan dan harmoni. Kita boleh pilih yang baik, kenapa nak yang sebaliknya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Norman berkahwin dengan Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi & YouTube TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...