Beberapa hantaran foto milik penyanyi Mas Idayu mencuri perhatian wargamaya sejak awal September lalu apabila bintang berusia 49 tahun ini berkongsi penampilan diri yang mengenakan hijab.
Tampil lebih sopan sambil berkongsi aktiviti harian kepada peminat dan pengikutnya, figura Mas Idayu mendapat reaksi baik ramai.
Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai penampilannya itu, namun hantaran foto sedang ‘dine in’ dari penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cintaku 100% itu menerima reaksi pelbagai pada ruangan, antaranya;
“Subhanallah. Cantiknya Mummy, semoga terus istiqomah.”
“Mudanya nampak Mami cantik sangat, alhamdulillah.”
“Mummy, cantik dan sweet sangat-sangat.”
“Masyaallah, cantiknya. Nampak lain muka, lembut kalau tak nampak. Cantik.”
Comey Mami berhijab ni.”
“Lama tengok tadi ke salah tengok nama IG. Rupanya alhamdulillah.”
“Ya Allah… hai Mummy, semoga sihat selalu ya. Amin, love u.”
“MashaAllah nampak muda dari usia sebenar. Sangat ayu. Sesuai dengan nama.”
Sehingga kini entri berkenaan juga sudah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka.
Malah tak kurang yang menyifatkan ia membuat penampilan Mas Idayu tampak lebih muda dari usia sebenar.
Apa pun, sama-sama doakan yang terbaik dan semoga Mas Idayu kekal istiqamah dalam menutup aurat.