Pengacara dan usahawan, Karl Shafek memilih untuk menolak cara baik beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan khsusnya kerana faktor tertentu.

Menurut Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia berbuat demikian kerana tidak mahu melakukan banyak perkara dalam satu masa, selain tidak mahu membebankan ruang waktu orang lain.

Shafek ditemui di majlis pembukaan Dulang Cafe di Kompleks Kelana Jaya, baru-baru ini.

Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik

“Jujurnya, saya dua tahun senyap dalam bidang pengacaraan. Salah satu sebabnya ialah kerana situasi pandemik membuatkan peluang itu berkurang. Pada masa sama, saya dalam tempoh itu mahu fokus terhadap perniagaan fesyen, Neonate Clothing Company.

“Tidak dinafikan, ada juga tawaran yang datang sekitar Oktober dan November lalu, tetapi saya terpaksa tolak kerana Neonate terlibat dalam acara KL Fashion Week pada awal bulan ini.

Ads

“Malah sekarang turut sibuk dengan komitmen cawangan Dulang Cafe di Kelana Jaya dan saya selaku Pengarah Urusan perlu fokus dalam menguruskan banyak perkara. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dia pada masa sama turut akui tidak rasa ralat untuk menolak beberapa tawaran yang hadir mengenangkan hal peribadi yang dilaluinya sebelum ini.

Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik

“Memang rasa sayang nak menolak tawaran dalam bidang pengacaraan tapi saya tak ralat berbuat demikian sebabnya tak mahu susahkan orang lain.

Ads

“Saya sendiri ada masalah dengan status kesihatan mental dan saya akui saya tak ‘fit’ seperti dahulu. Sukar sebenarnya untuk tolak tawaran yang datang tetapi saya juga kena sayangkan diri saya terlebih dulu,” katanya yang bersyukur kerana semuanya kini berada dalam keadaan yang baik.

Merealisasikan impiannya dengan melibatkan diri dalam perniagaan makanan secara serius, Shafek dan rakan perniagaannya mensasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan dalam masa terdekat.

“Saya sebenarnya sudah lama tanam impian nak buka kafe. Ibu saya dahulu terlibat dalam perniagaan makanan dan pernah juga membuka perniagaan katering secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, apa yang saya mimpikan kini jadi realiti.

Ads

“Bercerita mengenai Dulang Kafe, ia diasaskan oleh Tunku Kurshiah Aminah Atiah dan mengangkat konsep makan dalam dulang. Kedai pertama kafe ini terletak di Nusa Jaya, Johor. Semenjak ia beroperasi dari 2017, kafe ini mendapat sambutan positif.

“Dulang Kafe Kompleks Kelana Jaya ini merupakan cawangan yang pertama di Lembang Klang. Kami mengkhususkan hidangan Melayu, Jawa dan Singapura dan menu istimewa adalah Nasi Ambeng Singapura dan Sup Tulang Merah.

“Kafe bakal dibuka secara rasmi bermula 29 November, dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam. Insya-Allah, saya dan rakan perniagaan memang bercadang untuk membesarkan lagi bisnes ini dan kami berharap agar semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik

Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara Baik
Lama Tidak Mengacara, Rupanya Karl Shafek Ada Sebab Pilih Untuk Tolak ‘Job Hosting’ Secara BaikUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI