Dihimpit dengan kontroversi mengenai konflik hubungannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Mona, penyanyi, Shahir mengakui apa yang berlaku merupakan asam garam sebagai anak seni.
Ditanya adakah kontroversi yang melanda itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya sepanjang berada di AF Megastar lalu, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi,29,tidak menafikan perkara tersebut.
“Bagaimanapun, saya perlu fokus, lebih-lebih lagi apabila bertanding di peringkat final. Malah, ketika proses merakam lagu baru pun, Awi Rafael ada juga tegur. Katanya kalau boleh, ‘offkan’ telefon bimbit sebab tidak putus-putus ada yang cuba hubungi,”kata Shahir ketika ditemui Media Hiburan sejurus berakhirnya AF Megastar final yang turut menyaksikan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga,Idayu dinobatkan sebagai juara.
Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perspisahan itu tidak menolak untuk meneruskan niatnya mahu melamar Erra Fazira, awal tahun hadapan.
Kongsinya lagi, kontroversi yang melanda nyata tidak menjejaskan hasrat tersebut kerana dia masih Shahir yang dulu.
“Sejujurnya, saya masih lagi Shahir yang sama. Mengenai isu lamaran, insyaAllah ia akan dilaksanakan. Cuma isu-isu lain tu, saya anggap sebagai asam garam,”akui Shahir.
Teks oleh: Rafiq Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI