“Lambat Lagi Nak Shoot Pre-Wedding, Tak Ada Maknanya!” – Terbang Ke Jepun Dengan Zoey Rahman, Ini Jawab Siti Nordiana

Share

Siti Nordiana yang kini sedang berada di Jepun terkejut apabila ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai pemergiaannya ke Negara Matahari Terbit itu.

Rata-ratanya rancak membuat spekulasi apabila pelakon dan hos, Zoey Rahman turut dilihat menemani penyanyi terbabit ke sana.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun menafikan dirinya ada melakukan sebarang hal berkaitan dengan persiapan perkahwinan.

Katanya ketika dihubungi MH, Nana menjelaskan, dia ke Jepun bagi memenuhi jemputan AirAsia dan pada masa sama, sempat melakukan beberapa projek terkininya.

“Lambat lagi nak shoot pre-wedding dekat sini. Tak ada maknanya. Saya sebenarnya dipelawa pihak AirAsia dan pada masa sama, saya ambil peluang untuk melakukan penggambaran travelog sendiri. Itu pun biasa-biasa saja,” seloroh Nana.

“Kisahnya nanti akan disiarkan di saluran YouTube saya sendiri dan pemergian saya ke sini bukanlah bertemankan Zoey seorang, tetapi team Siti Nordiana lainnya juga.

“Ramai sedia tahu saya dan dia sudah lama berkawan dan tak lebih daripada itu. Apa pun, macam manalah nak kahwin, boyfriend pun tak ada,” jelas penyanyi Nisan Cinta ini yang bakal pulang ke tanah air Jumaat ini.

Foto: Instagram Siti Nordiana / Zoey Rahman

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan