Penyanyi, Elyana tidak kisah dilabel ‘perigi mencari timba’ selepas bertindak melamar suaminya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga sekitar 13 tahun yang lalu.
Menurut Elyana, dia juga lega kerana lamaran tersebut telah diterima.
“Feb 2009, kertas original saya melamar boyfriend saya. Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin. Marilah saya yang melamar.
“Lantak la orang nak cakap perigi cari timba. Yang nak kahwin kan kita. Nasib baik dia setuju nak kahwin,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Kalis Rindu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Elyana dikatakan telah melamar suaminya dengan menuliskan poster ‘Will you marry me?’ lalu diletakkan di cermin kereta suaminya itu.
Katanya lagi, dia menyiapkan poster tersebut sekitar jam 2 pagi sebelum suaminya itu pulang daripada kerja.
“Pukul dua pagi saya cari kedai yang jual kertas dan marker pen. Ini kertas paling besar yang saya dapat. Saya letak kertas ni atas kereta dia. Jadi, bila dia balik kerja, nak masuk kereta, kejutan!
“Siap kalau dah saling setuju, kena tandatangan dekat kiri kanan bucu kertas tu eh. Jangan main-main.
Ads
“Alhamdulillah dah 13 tahun duduk sebumbung,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif tersebut selain turut mendoakan semoga Elyana dan suami kekal bahagia sampai bila-bila.
“Ni baru tak tercapai di akalmu.
“Bayangkan dilamar Elyana, bukan orang biasa-biasa.
Ads
“Mantap Opie idola sepanjang zaman. Dunia Baru pun perigi mencari timba.
“Seronoknya Kak El. Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.
“Ingat lagi klip video ni. Sekejap je dah 13 tahun,” antara komen-komen netizen.
Untuk rekod, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada19 November 2010.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata uaitu Cinta Sumayyah dan seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi anda yang pernah menonton filem berjudul Mukhsin, sudah pasti mengenali pelakon Sharifah Aryana yang mendukung watak Orkid menerusi filem tersebut.
Menerusi laman media sosial Instagram, Aryana atau nama sebenarnya, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya
memaklumkan telah selamat melangsung majlis pernikahan bersama jejaka pilihan, Jad Hanif Jimmy, hari ini.
Dia yang juga adik kepada pelakon Sharifah Amani ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang meraikan hari bahagianya yang dilakukan secara maya.
“Alhamdulilah selesai sudah majlis akad nikah Jad Hanif bin Jimmy dan Sharifah Aryana binti Syed Zainal Rashid.
“Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online especially family Kuching! Insyaa-allah we balik soon.
“We couldn’t have done any of this without all of you yang support kita beli nasi lemak lah, tolong kita dengan sponsorship dan macam macam lagi. Thank you semua from the bottom of my heart I’m a wifey#YanaJad,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sharifah Amani juga menitipkan ucapan tahniah dan selamat menempuhi alam rumah tangga buat adiknya.
“Macam macam kena tempuh, usaha tak putus putus demi masa depan bersama. MasyaAllah akhirnya diizinkan jua. Syukur Alhamdulillah.
“Congratulations Baby @yana.alyahya and JaddyJad @jadhanif on your journey as husband and wife.
“May you both be blessed with much love, peace and joy sampai bila bila. Ani loves you both so much. I’m so proud to be your Ani,” tulisnya.
Foto: Instagram Sharifah Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi satu postingnya di Instagram, pelakon dan usahawan,Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar terpaksa melalui pelbagai situasi saat menghadiri satu mensyuarat di Kuching, Sarawak.
Bintang yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan ini memaklumkan, penerbangannya ke Kuching mengambil masa selama 7 jam disebabkan masalah teknikal.
Bagaimanapun, pemergiaannya ke Kuching terpaksa dibatalkan atas kekangan masa.
Lalu, pelakon drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi ini ada menitipkan kata-kata buat peminatnya.
“7 hours n 3 flights. Nak g Kuching je bknnyaLondon pun. thats my journey for today since 10 am lg kat airport ni. dr KLIA 1 ke KLIA2 n back to KLIA1 balik to catch the flight to Kuching.
“Bukan sbb flight delay pun cuma ade some technical issues.
“So that i need to postponed the meeting in Kuching but still flying for the talk tomorrow morning at MSU College.
“Ape yg nak share, kita hanya rancang tapi Allah yg tentukan either it goes smoothly or not hanya Allah yg tahu sebab kenapa tidak diizinkan.dont be regret btw.
“Thank God for 7hrs at the airport mcm2 benda dpt setlekan n coincidentally i met few people which is im suppose to meet before.
“Ramai orng marah or frust bila apa yg dirancang tidak berlaku according to the plan.tapi percaya lah sekiranya berlaku sebaliknya.
“maksudnya Allah tahu yg terbaik utk kita dan tidak di izinkan mgkn plan itu tidak sesuai dgn kita ataupun sebenarnya kita tak perlukan ataupun belum bersedia utk perkara tersebut.
“So just think positive n take it positively then the positive outcome will happen to u. .TRUST THE PROCESS coz HE is the BEST PLANNER,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bapa tunggal kepada seorang cahaya mata itu mendapat pujian daripada peminat.
Dalam perkembangan lain, Fizo kini sudah pun berada di Jeddah bagi menunaikan haji bersama Under Harmony Excellence Holidays Sdn. Bhd menerusi Pakej Haji Furada.
Difahamkan, Fizo berangkat ke tanah suci bersama lebih 40 jemaah lain termasuk 4 mutawif. Semoga semuanya dipermudahkan buat Fizo seterusnya mendapat haji mabrur, insyaAllah.
Foto: Instagram Fizo Omar, ihsan Breffa Yazid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!