Penyanyi Sharifah Zarina mengakui teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani dalam lagu raya terbaharu berjudul Oohaa Raya.

Menurut Sharifah Zarina, idea untuk menghasilkan lagu ini timbul susulan kejayaan single 40 yang mendapat sambutan baik pendengar.

“Masa proses lagu ini, saya dah tahu akan ada banyak lagu raya yang akan keluar dan kami sudah bersedia.

“Malah saya beritahu pada Athalia, kita cuba saja dan ini juga adalah sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini. Saya akan rasa menyesal kalau kami tak mencuba.

“Soal bersaing itu tidaklah sebab kalau nak diikutkan, saya memang sudah lama tak menyanyi sebelum kemnbali lancar lagu 40 tahun lepas.

Ads

“Mengapa tidak untuk kembali rakam lagu, dan kali ini menerusi sebuah lagu raya pula,” katanya, baru-baru ini.

Kisah Raya Anak-Beranak 

Lebih menarik, Oohaa Raya bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi liriknya turut diolah berdasarkan kisah sebenar ragam Sharifah Zarina dan anak-anaknya ketika menyambut Aidilfitri.

“Kita ubah lirik ini dalam 80 peratus. Kalau boleh, kita memang nak samakan dengan kisah kami anak beranak semasa sambut raya.

Ads

Idea untuk berduet dengan Athalia datang daripada komposer lagu ini, Eugene Lai dan Ja’a dan rasanya rasa ia satu idea yang menarik,” katanya lagi.

Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teruja Bangga! – “Saya Akan Rasa Menyesal Kalau Kami Tak Mencuba.” Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teruja Bangga! – “Saya Akan Rasa Menyesal Kalau Kami Tak Mencuba.”Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teruja Bangga! – “Saya Akan Rasa Menyesal Kalau Kami Tak Mencuba.” Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teruja Bangga! – “Saya Akan Rasa Menyesal Kalau Kami Tak Mencuba.”

Lengkap Dengan Siri Web!

Dalam pada itu, Oohaa Raya bukan sekadar lagu, tetapi turut disertakan dengan siri web khas sebanyak enam episod.

Ads

Siri ini dihasilkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Malika Entertainment dan dimuat naik di akaun TikTok rasmi mereka.

Lagu dan video muzik lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube sejak 14 Mac lalu.

Dengan konsep yang segar dan unik, lagu ini pastinya menjadi salah satu lagu pilihan sepanjang Syawal pada tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI