Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee berpendapat pelancaran lagu raya di awal Ramadan sebagai satu perkara biasa dalam industri muzik.

Menurutnya, strategi ini diperlukan untuk memberi ruang promosi yang mencukupi sebelum tiba Hari Raya.

Lancar Lagu Raya Awal Seakan Tak Hormat Ramadan? Andi Bernadee Terima Teguran – “Ini Sebahagian Daripada Bisnes.”

“Bagi pihak kami pula, ini adalah sebahagian daripada perjalanan bisnes. Bila kita lancarkan lagu lebih awal, sebelum raya nanti, pendengar boleh tahu lagu mana yang mereka suka.

“Persaingan lagu raya juga sangat kuat. Untuk tahun ini sahaja, mungkin ada dalam lingkungan 40 hingga 50 buah lagu. Dari sudut bisnes, memang sudah budayanya sebegini.

“Orang yang faham sahaja akan mengerti. Buat mereka yang tidak faham, saya minta maaf,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Donde itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, baru-baru ini.

Hormati Teguran

Andi juga memberikan respon terhadap teguran sesetengah pihak yang beranggapan pelancaran lagu raya sejak awal Ramadan seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan tersebut.

Andi bagaimanapun menghormati pandangan tersebut dan memahami keresahan yang dirasakan.

Lancar Lagu Raya Awal Seakan Tak Hormat Ramadan? Andi Bernadee Terima Teguran – “Ini Sebahagian Daripada Bisnes.”

“Bagi saya, pandangan itu ada betulnya juga. Bila di bulan Ramadan ini, kita kena hormat bulan mulia ini. Janganlah terlalu awal kita promosikan lagu raya.

Ads

“Bulan Ramadan ini hanya datang setahun sekali. Jadi, keresahan yang dirasakan oleh individu berkenaan tidak salah,” ujarnya lagi.

Lagu Raya Moden

Dalam pada itu, Andi turut mengulas pandangan penyanyi dan komposer legenda, Datuk M. Nasir, yang berpendapat lagu-lagu raya moden tidak mempunyai jiwa dan rasa seperti lagu-lagu klasik.

Namun, bagi Andi, lagu raya moden tetap perlu diberikan peluang demi kepelbagaian genre dalam industri muzik.

Lancar Lagu Raya Awal Seakan Tak Hormat Ramadan? Andi Bernadee Terima Teguran – “Ini Sebahagian Daripada Bisnes.”

Ads

“Memang betul apa yang diperkatakan oleh Datuk M. Nasir. Beliau seorang komposer lagenda.

“Pendapatnya memang ‘valid’. Beliau orang lama dan sudah gubah pelbagai jenis melodi.

“Lagu-lagu raya M. Nasir pun memang semua orang tahu. Budak-budak generasi baru pun kenal lagu beliau. Lagu-lagunya malar segar.

“Namun, pada pandangan saya pula, lagu-lagu raya berentak baharu ini juga sangat bagus. Kita kena terima peredaran zaman. Evolusi setiap muzik itu akan berkembang.

“Mana yang elok, kita ambil. Yang tak elok kita jadikan iktibar. Zaman sekarang, semua orang mudah untuk berkarya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI