Vokalis kumpulan Stings, Poey merupakan antara penyanyi Malaysia yang aktif membuat persembahan di negara jiran Indonesia.
Menurut Poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim, dia menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki daripada Allah SWT.
Malah, namanya juga kerap menjadi pilihan untuk membuat persembahan di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di Indonesia.
“Pada saya, ia tak mudah dan seakan ada sekatan untuk artis kita lepas membuat persembahan di sana. Tak seperti artis Indonesia yang bebas untuk buat konsert di sini.
“Hal ini merupakan polisi yang dibuat oleh pemerintah di sana. Alhamdulillah acara saya semua di Indonesia diatas undangan pihak pemerintah.
“Saya tak terima kalau undangan tersebut daripada event organiser sebab kita tak boleh nak jangka kemungkinan yang akan berlaku,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Adakah Kau Setia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Katanya lagi, sambutan peminat di Indonesia sememangnya luar biasa terutamanya di Kepulauan Riau.
“Di Indonesia, penontonnya memang dasyat. Saya pernah buat persembahan di hadapan lebih 8,000 dan 25,000 penonton.
“Ia merupakan program percuma untuk parti politik. Saya tidak memihak mana-mana parti dan saya hanya akan memberikan kesedaran kepada penonton untuk keluar mengundi.
Ads
“Saya juga pernah buat persembahan untuk dua buah parti politik pada hari yang sama. Untuk majlis perasmian mesin ATM pun mereka jemput saya.
“Rata-rata mereka suka saya menyanyikan lagu Sting berbanding lagu-lagu cover Indonesia,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya apabila nama lebih dikenali di Indonesia berbanding tanah air sendiri, ini reaksi yang diberikan Poey;
Ads
“Saya tak rasa tidak dihargai. Cuma saya merasakan ada segelintir pihak yang hipokrit. Senang cerita, orang luar lebih menghargai kita berbanding orang kita sendiri.
“Bila jumpa di luar, peminat kita suka sahaja dengan kumpulan Sting cuma mereka malu untuk ungkapkan. Mereka lebih suka bagitahu yang mereka minat Metalica atau Britney Spears.
“Padahal mereka tahu dan kenal dengan lagu-lagu Stings. Jadi, dengan adanya konsert ini, ia akan mengimbau kenangan. Malah, budak-budak muda pun tahu lagu saya bila viral di Tik Tok,” akhirinya.
Selain Poey, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Ameng Spring serta Hazama.
Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Poey Stings
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengalami detik cemas apabila rebah dan pengsan sebaik selesai segmen pertama malam finale, Naib Juara Dewi Remaja 2022, Bee Aishah berkata dia tetap bertekad mahu menghabiskan perjuangannya dalam pertandingan tersebut.
Mendedahkan dirinya menghidap penyakit talasemia sejak berusia tiga tahun, Bee atau nama sebenar, Siti Nur Aishah Bee Mohd Nor, 22, berkata dia pengsan sehingga hampir dikejarkan ke hospital berdekatan namun sebaik mengetahui namanya berjaya melepasi Top 4, dia menguatkan azam bagi meneruskan langkah.
Menurutnya lagi, kekurangan oksiden dalam badan menyebabkan dia terpaksa mendapatkan bantuan paramedik.
“Sebenarnya, sewaktu latihan lagi saya dah kekurangan oksigen tapi saya sempat dapatkan bantuan oksigen dengan bantuan paramedik sebelum muncul di pentas akhir.
“Tetapi, tidak disangka-sangka selepas berakhir segmen pertama, saya pengsan sekejap sebab kekurangan oksigen sekali lagi.
“Faktor utama saya kekurangan oksigen adalah disebabkan saya memang ada hidap penyakit Major Talasemia sejak saya berusia tiga tahun lagi.
“Saya perlu melakukan transfusi darah (proses penerimaan darah dalam badan) dalam tempoh sekali sebulan.
“Mungkin disebabkan bacaan darah yang rendah itulah punca sebenar saya pengsan di belakang pentas,” katanya kepada MH.
Pentas akhir Dewi Remaja 2022 menobatkan peserta dari Tambunan, Sabah, Tracie Sinidol, 21, sebagai juara.Dengan kemenangan itu, Tracie membawa pulang wang kemenangan RM10,000, trofi beserta mahkota.
Kesemua finalis dinilai oleh tiga juri berpengalaman iaitu Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah.
Acara kemuncak Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Sabtu dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Risteena seakan-akan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati yang juga merupakan pelakon, Isa Khan tidak lama lagi.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Risteena mendedahkan dia berasa sangat terharu dengan sikap Isa yang sanggup menemaninya mendandan rambut walaupun terpaksa menunggunya berjam-jam.
“Counting days to be your wife @theisakhan . Sweetnya tunggu buat rambut for hours. Takde pergi mana-mana pun. Duduk diam je kat situ. Nanti lepas kahwin pun please macam ni okey!,” tulisnya.
Sementara itu, kakak kepada pelakon, Ruhainies ini turut memaklumkan dia kini sedang menghitung hari untuk disatukan dengan Isa dalam sebuah majlis yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Mac ini.
“Cuba teka date wedding ktorang. Kalau sapa betul, nak invite datang lah nanti! Cepat teka! Hehe. Hint – MARCH,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berasa sangat teruja selain turut menitipkan doa semoga segala urusan mereka ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
Sumber: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.