Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini memulakan sesi pengenalannya menerusi pelancaran novel adaptasi daripada filem itu yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Novel yang menggunakan judul sama itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.
Pelakon yang juga penerbit filem itu Aeril Zafrel berkata, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.
“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.
“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami ceritanya dengan baik.
“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Jadi novel ini menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam.
Ads
“Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelamidan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.
Aeril menambah, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
Ads
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya lagi.
Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production inimenampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Novel menceritakan, Dahliya yang ingin melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anaktunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.
Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo.
Ads
“Dahliya dan Izo di datangioleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.
Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.
Selepas 20 tahun, dalam satu pertemuan yang tidakdijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.
Novel dijual pada harga RM33.90 di Semenanjung Malaysia dan RM35.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam pelakon, Mia Ahmad telah pun menyambut hari kelahirannya yang ke-31.
Bersempena hari berbahagia itu, suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi telah pun membuat sebuah kejutan ringkas bagi meraikan isterinya itu.
Menerusi video yang dikongsikan Mia di laman Instagam, Izham dilihat menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir sambil isterinya itu meniup lilin bersama taburan kelopak bunga ros dikelilingnya.
“I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you Allah,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat momen indah pasangan tersebut.
Sebelum ini, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga melibatkan pasangan ini bertiup kencang apa Mia dilihat sering memuat naik entri berbaur ‘sedih’ malah gambar mereka bersama turut di padam.
Namun, akhirnya hubungan mereka dilihat kembali pulih tidak lama selepas tu.
Apapun kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini dan selamat hari lahir buat Mia Ahmad.
Sumber: Mia Ahmad & Izham Tarmizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Hairul Azreen mendedahkan antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya sepanjang menjayakan filem aksi, The Assistant apabila watak Feroz yang dimainkannya seakan-akan ‘mengikutnya’ hingga di luar set lokasi.
Menurut Haizul, dia sendiri tidak menyedari perubahan tersebut sehingga ditegur pengurus dan isterinya, Hanis Zalikha.
“Antara cabaran yang harus saya lalui ketika berlakon filem ini apabila watak Feroz seperti ikut saya pulang ke rumah. Ini pertama kali berlaku kepada saya sepanjang bergelar pelakon.
“Sewaktu pengambaran filem ini, saya ada diberikan hari cuti dalam dua hari. Ketika hari cuti itu, saya ada pengambaran lain untuk sebuah iklan syarikat insuran. Iklan itu juga ada babak yang memerlukan saya berlawan. Pelakon extra pula berdialog dengan saya ‘Kalau tak puas hati jom la kita fight’.
“Tanpa sedar, saya terus mencarut seperti yang Feroz lakukan dalam filem. Krew semua terdiam sebab tiada siapa yang berani tergur saya ketika itu. Kemudian, pengurus bagitahu saya yang klien kurang selesa dengan apa yang terjadi. Saya pun minta maaf dan teruskan shooting sehingga tamat,” katanya kepada MH.
Sementara itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut memaklumkan perkara sama turut berlaku ketika dia pulang ke rumah.
“Bila di rumah pula, ketika dengan anak-anak, ada sekali tu saya marah diorang dan saya tergelak. Saya gelak sama macam dalam filem ni. Ketika itu saya tak perasan langsung. Saya terpaksa telefon pengarah bagitahu yang Feroz ikut saya balik.
“Situasi tersebut sememangnya satu masalah buat saya. Saya tak pernah kena macam ni pun. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum habis shooting, perkara tersebut hilang.
“Kalau cerita pada orang lain mungkin mereka kata saya berlagak tapi itu sebenarnya yang terjadi. Saya tak perasan sampai pengurus dan isteri kena tegur saya. Kalau mereka tak cakap, saya pun tak tahu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hairul akui teruja apabila mendapat respon yang positif daripada penonton sewaktu filem ini ditayangkan di festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali.
“Kebanyakkan filem yang dimainkan di sana genrenya agak slow dan teralu ‘deep’. Kami pula filem aksi. Bila tonton, mereka sangat puas. Bila kami keluar, mereka pun kejar kami.
“Mereka juga memberikan pujian terhadap filem ini. Saya tak pernah dapat feedback yang sangat best seperti ini sebelum ini,” akhirinya.
The Assistant arahan pengarah terkenal, Adrian Teh yang sebelum ini popular menerusi filem Paskal dan Wira bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mei ini.
Selain Hairul, filem ini juga turut dibarisi pelakon-pelkon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Henley Hii dan Farali Khan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...