
Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan.
“Semua yang terlibat telah dikompaun semalam dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata keputusan untuk mengenakan kompaun terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada pejabat Peguam Negara semalam.
Pada 2 Mei lepas, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis.
Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan.
Sumber: BERNAMA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang 13 Jam Saya Perlu Pakai Alat Bantuan Pendengaran,” – Zee Avi

Penyanyi Zee Avi mendedahkan dia kini memilih untuk menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari selepas mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Zee, 37, atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, alat bantuan pendengaran itu yang digunakan sejak setahun lalu itu dipakai pada kedua belah telinganya.
“Kalau orang panggil pekak, ya, nak buat macam mana lagi kan. Tapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap. Apa yang saya alami adalah hilang pendengaran tapi untuk orang pekak mereka memang daripada lahir.
“Jadi, saya sebenarnya hilang pendengaran. Bila tak jaga kesihatan pendengaran macam itulah ceritanya. Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi.
“Sejak tahun lalu, saya perlu pakai alat ini di kedua belah telinga. Kalau tak buat sesuatu, ia akan menjadi makin teruk. Kalau saya tak guna alat ini, kita akan kuatkan lagi bunyi jadi ia akan jadi lebih teruk. Saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai,” katanya kepada MH.
Zee menambah, susulan situasi yang dialami sebelum ini, ia sekaligus menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi terutamanya dalam hal melibatkan kerja.
View this post on Instagram
A post shared by Global Hearing Care Centre MY (@globalhearingcarecentre)
“Apa yang seksa adalah bila ramai kawan yang bercakap lemah lembut, jadi bila nak suruh mereka kuatkan suara, saya yang rasa macam mereka sedang sakit. Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya.
“Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagitahu. Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagitahu mereka supaya kuatkan suara.
“Apabila tak dengar, kelantangan suara itu makin lama makin kuat. Pembesar suara ‘bluetooth’ pun kena letak berhampiran saya. Sekarang ini tak perlu guna dah. Kalau buat pembesar suara dekat telefon pun tak dengar. Tetapi sekarang dah makin baik dan mudah dengan alat ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Zee ditemui pada majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, pada Selasa.
Sementara itu, Zee yang popular menerusi lagu Kantoi tidak menafikan, sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju.
Sesi tersebut bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.
“GHCC juga menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex,” katanya.
Global Hearing Care Centre (GHCC) adalah klinik audiologi yang mempunyai enam cawangan di Semenanjung dan menawarkan perkhidmatan alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa serta konsultasi masalah pendengaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2023 Puteri Sarah Azam Ingin Terus Bangkit; “Biarkan Apa Yang Berlaku, Berlalu Pergi Dibawa Angin.”

Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana mahu membuka lembaran baharu bersempena kedatangan tahun 2023.
Menerusi laman Instagram miliknya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia mahu terus berjalan ke hadapan tanpa mahu melihat ke belakang lagi.
“Alhamdulillah for 2023. Let the past gone along with the wind (biarkan apa yang berlaku, berlalu pergi dibawa angin),” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Menyambut kedatangan tahun baharu di Tokyo, Jepun, Sarah kini sedang bercuti dengan dua orang anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Terdahulu, suami Sarah, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, didakwa sudah berkahwin dengan individu yang dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar.
Perkara itu didedahkan Sarah menerusi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga iaitu pengikut di Instagramnya yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.
Pada Jun lalu, Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang merupakan anak kepada pelakon, Kazar Saisi.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurnikan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Jalan-Jalan,”- Sempena Hari Ibu, Wak Doyok Hadiahkan Kereta Mewah Buat Mak!

Bersempena dengan Hari Ibu pada hari ini, pelakon Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah kereta mewah buat ibu tercinta yang kini berusia 77 tahun.
Perkara itu dikongsikan Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor di Instagramnya.
“Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara.
“Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah. ???❤#HappyMothersDay,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on
Foto tersebut melihatkan Wak bersama ibunya bergambar dengan kereta mewah berwarna hitam.
Terdahulu,Wak telah menghadiahkan sebuah banglo buat ibunya pada Oktober tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on
View this post on InstagramA post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on
View this post on InstagramA post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on
Foto: IG Wak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI