“Langsung Tak Biasa, Kenalah Pujuk Depa Sampai Okay,” – Rupanya Ini Gelagat Anak-Anak Fasha Sandha Bila Beraksi Di Depan Lensa

Share

Pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan dia sekeluarga sedang menjalani penggambaran untuk muka depan sebuah majalah.

Menerusi video yang sudah pun ditonton lebih 200,000 kali tontonan itu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh berkenaan ada mendedahkan gelagat dua cahaya matanya ketika beraksi di depan lensa.

“Bertabahlah Sis2 dan Photographer, anak2 ku ni tak biasa Photoshoot, memang langsung tak biasa, kena la pujuk depa sampai ok.

”Apa pun, alhamdulillah, anak2 ibu baik masa photoshoot, cuma meragam manja2 je #iburayfalraysha,” tulisnya jujur.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya teruja dengan aksi comel mereka selain ada yang mendoakan agar kandungan aktres itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ini kerana sebelum ini, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Namun, Fasha diberitakan mengalami keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
MH