Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada memberi pandangan dan pendapat mengenai sikap segelintir individu yang mengamalkan cara  budaya Barat.

Sebagai Muslim, Azuan menasihati perkara ini tidak boleh diambil mudah atau sambil lewa.

“Ummat Islam jika tidak faham hukum Allah, kurang ilmu agama & tak kenal agama Islamnya sendiri maka dia akan ambil semua perkara ini mudah

“Aku masih beriman cuma majlis ni cara agama lain je pun tapi aku tetap Islam, aku bukan tukar agama pun tapi niat aku cuma meraikan jer kehendak keluarga dia,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, Azuan menyifatkan tindakan ini boleh membawa kepada perkara syirik dan  mencemarkan imej.

“Disebabkan perkataan inilah ramai drpd hasil perkahwinan orang Islam ikut cara tradisi adat yg menarik kemurkaan Allah kerana mensyirikkan Allah seperti menari Bollywood, malam berinai bg lelaki juga, Karaoke session, menari zapin, Bride to be, baby shower & macam2 lagi orang melayu kita akan ikut..

“Cara melamar pun ikut cara barat!! Mana cara Ta’aruf dalam Islam untuk menarik rahmat Allah swt? langsung tidak ikut Cara Islam & kehidupan orang Islam.. Mana tindakan keluarga?

Ads

“Takkan keluarga pun tak faham agama? Sebab itu ramai orang melayu yang dah kawen banyak mengalami masalah rumah tangga..

“Kita boleh tengok sendiri pasangan yg kawen dgn non Muslim jika dia tidak kuat agama, last2 dia pun hanyut tak tutup aurat & tak jaga solat hasilnya kehidupan mereka pun jadi mcm barat!! sebab apa?

Ads

“Sebab Masa perkahwinan menarik sejuta kemurkaan dari Allah swt & tidak ada ilmu agama.. “APABILA ROSAKNYA RAHIM SEORANG PEREMPUAN MAKA AKAN LAHIRNYA KETURUNAN2 YANG AKAN MEROSAKKAN AGAMA.” Disebabkan sedap”CINTA” dunia sanggup tinggalkan ajaran agama.. Inna lillahi wainnahilaihi rojiun..,” tulisnya panjang lebar.

“Langsung Tak Ikut Cara Islam,” – Melamar Ikut Gaya Barat? Azuan Mazlan Beri Reaksi

Foto: Instagram Azuan Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI