Gara-gara keadaan rumah yang tidak bersih, pelakon Tiz Zaqyah akui dirinya masih trauma dengan situasi berkenaan ketika berada di sebuah lokasi penggambaran.

Tulisnya menerusi satu status yang dilayangkan di Twitter, adalah tidak salah sekiranya pemilik yang difahamkan seorang wanita untuk membersihkan sedikit kediaman kerana mengetahui proses penggambaran akan dijalankan di rumah terbabit.

“Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu!

IKLAN

”Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor. WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah,” tulisnya.

Tiz berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi platform tersebut pada Rabu.

IKLAN

Bintang berusia 32 tahun itu bagaimanapun, dia tidak pula menyatakan secara terperinci mengenai lokasi penggambaran yang dimaksudkan.

Meninjau di ruangan komen, ada di antara peminat yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan bintang Nur Kasih itu.

IKLAN

Foto: Instagram Tiz Zaqyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI