Gelagat comel anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana sering menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.
Baru-baru ini, Lara menerusi ibu bapanya ada memuat naik satu rakaman video ketika cuba bercakap Bahasa Malaysia di akaun Instagram.
Sambil memberikan beberapa ayat dalam bahasa Melayu, ada beberapa ketika gelagatnya cukup mencuit hati, siap kata mahu adik!
“Okay lah, since ramai sangat yang mintak video Lara cakap melayu.. at least Lara cuba kan? kan? kannnnnn?,” tulisnya.
Lantas, perkongsian Lara telah mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
Malah, rata-ratanya berasa terhibur melihat gelagat Lara yang sangat comel hingga turut mendapat tawa dari ibu dan bapanya.
Untuk rekod, Lara telah dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, lebih dua tahun selepas ibu bapanya mendirikan rumah tangga.
Video: Instagram Lara Alana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Seorang Yang Mempunyai Asas Agama Yang Bagus,” – PU Riz Di Mata Neelofa, Minta Doa Dipertemu Jodoh Yang Baik
Neelofa mengakui dirinya sudah ‘kalis’ apabila sering dikaitkan dengan beberapa selebriti sebelum ini, termasuk yang terbaru pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz.
Neelofa menjelaskan, dia mengambil pendirian bahawa segala gosip yang datang adalah sebagai asam garam selebriti yang sudah lebih sedekad dalam bidang hiburan.
Menurutnya lagi, dia sudah lama mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dan sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.
Sebelum ini, hubungan keduannya dikatakan rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu pernah diundang menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.
Hos MeleTOP ini pada masa sama menyifatkan, Riz sebagai pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
“Kami sejujurnya sudah saling bekerjasama sejak tiga ke empat tahun yang lalu. Malah selepas isu pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan dahulu pun, sejak itu kami banyak lakukan bersama.
“Misalnya bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Hariz (PU Riz) sendiri. Kebanyakan program yang dilakukan tidak melibatkan media dan hanya tertumpu kepada ‘team’ Naelofar Hijab. Jadi ia tidak terlalu didedahkan.
“Malah sebelum ini pun ada juga kami lakukan bersama majlis buka puasa dan sesi tazkirah misalnya. Cuma sekarang ada yang kaitkan mungkin kerana penglibatannya lebih kerap.
“Contohnya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Riz adalah sebagai jurucakap pertubuhan ini. Boleh dikatakan, dua ustaz ini merupakan antara individu yang kerap saya bekerjasama.
“Dia seorang yang mempunyai asas agama yang bagus. Maksudnya, bagi saya dia seorang pendakwah yang boleh menarik minat ramai untuk mendengar. Ia satu perkara yang mungkin tidak ramai orang ada. Dia juga bijak,” akuinya kepada MH.
Ditanya mengenai soal jodoh, Neelofa sekali lagi menegaskan dirinya akan akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan mendoakan yang terbaik daripada semua.
“Pasal kahwin bagi saya terlalu sangat banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.
“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku, saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.
“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.
“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu.
“Kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.
Kisah hubungan mereka turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan spekulasi pasangan itu mempunyai hubungan istimewa.
Neelofa ditemui pada sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Program bual bicara eksklusif itu menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing. Ia mengetengahkan pelbagai perkongsian peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini merangkumi pelbagai topik.
Next To Neelofa bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam mulai 23 Julai lalu secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Foto: Astro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekali Lagi Kami Diduga. Kami Mohon Maaf. Ini Pengajaran…,” – Siti Sarah Respon Isu Langgar SOP, Dugaan Tak Patahkan Semangat
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui kesilapan yang dilakukan bersama suami, Shuib Sepahtu yang telah didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis restoran, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Manes itu menyifatkan ia adalah sebagai antara dugaannya dalam perjalanan ke Kelantan untuk melancarkan pembukaan kedai minuman dan pemanis mulut milik suaminya itu.
Malah, apa yang berlaku turut dianggap sebagai satu pengajaran.
“Kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami decide makan di Lipis, Pahang.
“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” tulisnya.
Menerusi laporan media sebelum ini, pasangan selebriti yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
Lalu, Sarah ada berkongsi mengenai hal tersebut di akaun Instagram.
“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.
“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru @bubblebeemalaysia_hq
“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.
“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.
“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu,” ceritanya.
Meski menempuh pelbagai dugaan, namun Sarah memberitahu ia tidak mematahkan semangat mereka.
“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?,” tulisnya lagi.
Terdahulu, kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.
Meninjau ke ruangan komen, warganet turut memberikan kata-kata semangat buatnya di samping meminta penyanyi itu agar lebih berhati-hati.
Foto: Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Iklan Raya Legend!
Tidak dinafikan tahu ini banyak betul iklan jenis PSA yang hebat-hebat dan menusuk kalbu.
Memang MH Online kagumi jalan-jalan cerita. Ada yang menyebabkan kami pecah perut ketawa dan ada juga yang menyebabkan kami menangis.
Namun masihkah kamu ingat suatu ketika dahulu negara kita juga pernah mengeluarkan iklan-iklan raya hebat sebegini?
Masih segar dalam ingatan watak-watak, jalan cerita, lagu background dan sebagainya.
Jom kita recap balik 6 iklan raya terbaik tidak mungkin kita lupakan sampai bila-bila.
1. Iklan Raya Adibah Noor Pemandu Teksi
2. Iklan Ombak Jahat
3. Iklan Burung Murai
4. Iklan Cekodok
5. Iklan Janda 7 Anak dan Lembu Raya
6. Iklan Raya Sharifah Amani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI