Selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian) di Universiti Selangor (UNISEL), pelakon meningkat naik, Mierul Aiman kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk bergelar anak seni.
Menurut Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, sepanjang lima tahun di universiti, dia sudah pun menjalankan amanah ibu bapanya itu sebaik mungkin.
“Buat masa sekarang, sepenuh hati saya hanyalah untuk bergelar anak seni. Saya sudah bertungkus lumus selama lima tahun di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.
“Saya tahu bagaimana prosesnya dan ia sangat susah. Bila saya sudah lalui fasa itu, saya sudah buktikan kepada mama dan abah yang saya berjaya menamatkan pengajian tanpa gagal,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Projek: High Council itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.
Pada masa sama, Mierul turut menzahirkan rasa syukur apabila segala penat lelah dan usaha untuk bergelar anak seni kini telah membuahkan hasil.
Ads
“Sekarang, saya mahu mecari perkara yang mampu memuaskan diri saya pula iaitu dunia lakonan. Ketika menyertai Hero Remaja 2021, saya tertanya-tanya adakah saya mampu menembusi bidang ini.
“Mampukah saya meraih kepercayaan daripada para pemain industri seperti penerbit, pihak produksi, pengarah rakan lakon dan penonton.
“Namun alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya. Pengarah dan pihak produksi telah meletakkan kepercayaan untuk saya menaikkan nama industri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, juara Hero Remaja 2021 itu akui berbesar hati untuk menjadi duta bagi jenama baju raya terkenal, Bulan Bintang.
Ads
Katanya lagi, komited yang ditunjukkan oleh jenama ini sangat dekat dengan jiwanya.
“Saya mula bekerja dengan Bulan Bintang pada tahun 2023. Ketika itu, saya hanyalah sebagai salah seorang wajah yang menggayakan produk ini.
Ads
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT tahun ini saya mendapat kepercayaan yang besar untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta.
“Saya percaya jenama ini mempunyai identiti yang sangat dekat dengan jiwa saya. Ini merupakan salah satu impian untuk bekerja dengan jenama yang terkenal dan disegani di negara ini,” katanya.
Terdahulu, Mierul telah pun diperkenal sebagai duta bagi kempen Hari Raya 2024 bagi produk kurta.
Selain Mierul, beberapa selebriti ternama turut terpilih menjadi duta seperti Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyampai berita TV3, Asrul Nizam Kadir dan isterinya, Ezreen Aamir Hamzah bakal menimang cahaya mata pertama mereka sekitar Ogos depan.
Berita tersebut dikongsikan mereka menerusi Instagram masing-masing.
Berkongsi berita gembira tersebut dengan lebih lanjut, Asrul ketika dihubungi MH memberitahu isterinya kini sedang hamil dua bulan.
“Baru dua bulan, sebagai bakal bapa saya harap semuanya berjalan dengan lancar, tiada dugaan yang berat-berat. Semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan juga sempurna dan sihat, InsyaAllah,” katanya.
Menyifatkan zuriat cahaya mata sebagai rezeki dariNya, Asrul juga mengakui setakat ini isterinya tidak mengalami sebarang alahan teruk.
“Setakat ini, semuanya okay saja. Tidak banyak ragam cuma keadaannya yang pening itu biasalah, malah selera makannya pun tak berapa,” terangnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Asrul dan isteri masih lagi bersiaran seperti biasa menerusi stesen televisyen swasta berkenaan.
“Saya masih dengan tugas hakiki iaitu sebagai penerbit serta penyampai berita di TV3, cumanya sebagai pembaharuan, saya akan lebih kerap ke udara bersama rakan penyampai baru,” kongsi Asrul.
Pelakon Datuk Aaron Aziz menitipkan ucapan indah khusus buat isterinya, Datin Diyana Halik bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.
Sambil menyatakan rasa syukur kerana bahtera yang dibina harmoni bahagia, Aaron turut berkongsi keperibadian baik isteri terhadapnya.
“Tabarakallah. Alhamdulillah Segala puji bagiMu ya Allah. Jodohkan saya hambaMu yang bernama @diyanahalik. Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata kata kesat.
“Thank you Dar (Darling) for loving me. Don’t know what I’ll be if ALLAH hadn’t sent you to me. Please forgive my ugly edit untuk cover aurat Isteri saya. HAPPY 19th Anniversary sayang. Love you always n forever,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian indah tersebut turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut mendoakan yang baik buat Aaron seisi keluarga.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nam Ron mengakui dia menjadikan aktor terkenal, Eman Manan sebagai idolanya sejak di bangku sekolah.
Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, pesona bintang berkenaan menjadi antara faktor dia mahu aktif secara serius dalam bidang lakonan.
Atas rasa minat itulah, Nam Ron mengakui sudah menonton hampir kesemua naskhah yang dibintangi pelakon terbabit.
“Sejak di bangku sekolah lagi, saya dah minat dengan Eman Manan. Hampir semua filem dan drama lakonan dia saya tonton. Saya akui minat saya nak jadi pelakon pun datang dari menonton pesonanya di skrin.
“Saya dapat tahu dia bermula di pentas teater sebab tu saya pun ikut laluan yang sama, bermula di pentas teater,” tulisnya.
Pelakon berusia 52 tahun itu sempat mengimbau kenangan ketika bekerjasasama dengan Eman menerusi beberapa projek.
“Daripada seorang peminat kini sedar tak sedar dah 3 projek telefilem saya dapat berkongsi skrin dengan dia. 1 tele biasa dan 2 supertele.
“Kali pertama saya dapat bergandingan dengannya adalah dalam supertele Parit Jawa 2011 (gambar 1). Tak dapat tidur semalaman bila esoknya nak buat adegan bersamanya.
“Kali kedua telefilem Rantai 2016 (gambar 2). Saya dah selesa sikit bergandingan dengannya. Kali ketiga supertele Tarantula X 2021 (gambar 3).
“Shooting April lalu dan akan ditayangkan 16 disember ni. Kali ini baru saya betul betul selesa beraksi bersamanya,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut hormati serta menyanjungi pelakon versatil seperti Eman.
“Selepas 10 tahun baru saya ada keberanian nak minta izin untuk bergambar dengan dia. Begitulah level hormat saya untuk pelakon berbakat sepertinya.
“Bukannya macam korang baru first time berlakon sekali dah ajak buat video tik tok. Jangan lupa tonton Eman Manan dalam Tarantula X di pawagam rumah anda pada 16 disember ini hanya di Astro First,” jelas Nam Ron.