Kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan berita jenayah scam yang semakin berleluasa menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit dalam amaun yang cukup tinggi.
Tidak terkecuali, pelakon Beto Kusyairy mendedahkan dia sering kali menerima panggilan daripada scammer, namun pelakon berbakat besar ini ada ‘helah’ tersendiri apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
“Saya tak pernah kena scam tapi cubaan untuk orang scam saya itu ada. Saya boleh agak kalau dapat panggilan daripada seseorang nak scam ini.
“Saya dah boleh tahu yang orang tu nak scam dan nakalnya saya, saya cuba layan dan tengok ke mana dia nak bawa… cara dia dia mengayat dan sebagainya.
“Last-last scammer tu give up dan dia letak telefon,” katanya kepada Media Hiburan.
Ads
Pengalaman itu dikongsikan Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, sempena meraikan naskhah terbaharu lakonannya, Scammer 2 yang kini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Bercerita lebih lanjut tentang drama tersebut, Beto berkata dia teruja apabila dapat kembali bekerjasama dengan rakan baiknya, Zahiril Adzim serta pengalaman baharu berlakon bersama pengacara sensasi, Azwan Ali.
Ads
“Saya dan Zahiril memang di luar kami memang bersahabat baik dan ini bukan kali pertama bekerjasama.
“Masing-masing dah tahu permainan masing-masing…tiada masalah dari sudah keserasian.
Ads
“Mengenai Azwan Ali pula, memang tak terfikir akan bergandingan dengan dia dalam satu frame dan surprisingly, dia memang sangat bagus dan profesional,” katanya lagi.
Selain Beto, Zahiril dan Azwan Ali, Scammer 2 yang diarahkan oleh Norhanisham ‘Labu’ Muhamad ini turut dibintangi Farah Nabilah, Sharifah Sofia, Shatirah Amanda dan Razzuan Rosli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona alaf baru, Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menjalani Rukun Islam Kelima fardhu haji di tanah suci.
Kongsi Erra menerusi video yang dimuat naik di Insta Storiesnya, heroin Persona Non Grata ini tidak menafikan menerima banyak kiriman doa dari orang ramai.
Malah, difahamkan bintang ini turut berkesempatan membacakan doa yang dipesan untuk dibaca depan Kaabah.
“Assalamualaikum semua. Salam dari Mekah. Alhamdulillah semua urusan ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
“Kepada semua yang mendoakan dan semoga ibadah haji saya dan jemaah haji yang lain diterima Allah. Semoga mendapat Haji yang mabrur.
Saya juga ingin memberitahu yang saya banyak menerima pesanan kiriman doa. Ada yang sempat saya bacakan, kalau tak sempat baca, mungkin saya terlepas pandang, tapi saya tetap doakan.
“Semoga dimakbulkan doa-doa yang kalian kirimkan. Sebab banyak sangat dapat mesej. Kadang-kadang dah lepas satu tempat yang afdal itu, saya buka masih ada mesej lagi.
“Jadi kemungkinan saya sempat baca, dan ada juga yang tak sempat baca. Saya minta maaf sangat.
“Mana yang saya sempat baca, saya bacakan. Mana yang tidak, moga Allah mendengar dan makbulkan. Walaupun saya tidak membaca di tempat yang sepatutnya yang diinginkan,” akhiri Erra menerusi video lalu diakhiri dengan salam.
Terdahulu, pemergian Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Video : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ayu Damit mengakui dirinya tidak pernah rasa malu atau ‘segan’ apabila ada ketikanya dia turun berniaga ke pasar tani untuk berniaga hasil sayur-sayuran yang diusahakan bersama suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin.
Malah katanya, sekiranya dia tiada sebarang aktiviti seni sebelum ini, dia lebih selesa untuk isi masa dengan membantu suami di ladang tanaman cili, termasuk berniaga di pasar tani dan jualan langsung.
“Dulu saya pernah juga berniaga cili di pasar tani. Selain mengedar hasil tanaman kepada peniaga lain, kami turut cari rezeki dengan berniaga begitu.
“Soal artis ke tidak ke, itu bukan persoalan. Yang penting saya dan suami cari rezeki halal. Orang nak kata apa, itu hak mereka.
“Janji saya suka dan timbul rasa puas bila apa yang diniagakan itu mendapat sambutan pembeli. Apa nak malu?” katanya yang turut menyediakan cili jeruk.
Ditanya mengenai jadual terkininya yang pasti padat apabila saingan minggu pertama Gegar Vaganza 7 (GV7) bermula Ahad, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hanya Di Mercu ini mengakui perniagaan yang diusahakan diuruskan oleh suami sepenuhnya.
“Jadual memang padat. Setakat ini, saya dan suami sudah pun berbincang dan dia akan menguruskan soal tersebut. Kalau ada masa, saya cuba bantu hal-hal kecil.
“Dia juga ada pembantu yang secara tak langsung memudahkan kerja,” jelasnya yang kini banyak isi masa dengan mengikuti kelas vokal sebagai persiapan menjelang konsert pertama GV7.
Dalam perkembangan lain, Ayu baru sahaja membuka restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Kuala Lumpur.
Ia menampilkan pelbagai juadah enak dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan negeri kelahirannya, Sabah.
Selain itu, Ayu turut mengusahakan jualan kuih Bahulu Borneo sejak lebih setahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Kilafairy yang kini mula mengenakan hijab penuh dilihat sudah pun memadam fotonya yang tidak bertudung di Instagram.
Memiliki hampir 950,000 pengikut di aplikasi perkongsian foto itu, platform tersebut kini hanya dipenuhi dengan foto terkini dirinya selain foto lama yang memaparkan kucing perliharaan serta aktiviti seni terdahulu.
Sebelum ini, Kilafairy yang juga anak kepada bintang senior, Rohana Jalil menerusi Berita Harian memberitahu, keputusannya untuk mengenakan tudung bukan hadir daripada paksaan sesiapa.
Sebaliknya, ia seiring dengan kematangan usia.
“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah.
“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.
“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Syakila Nisha Jangir Khan ini juga turut berkongsi antara kisah menarik apabila sudah bertudung menerusi saluran YouTube rasminya.
Foto: Instagram Kilafairy, Rohana Jalil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.