Memberi amaran kepada pengguna media sosial yang meninggalkan komen keterlaluan di laman sosialnya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang.
Malah, difahamkan pihaknya juga sudah mengenal pasti individu terlibat.
Berita yang dikongsi menerusi Insta Story ini turut memuatkan beberapa komen ‘terpilih’ yang bakal menerima notis tidak lama lagi.
“Last warning!
“Tindakan akan diambil terhadap netizen yang menulis komen keterlaluan. Pihak kami sudah mengenalpasti individu-individu berkenaan dan dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka sebelum notis dihantar,” tulisnya disertakan beberapa paparan komen.
Terdahulu, Vida dikritik gara-gara dikatakan cuba merendahkan hak penyanyi Aisyah apabila memasukkan berlian ke dalam balang makanan ringan sebelum menyerahkan beberapa barangan kemas kepada pemilik.
Foto : Instagram Datuk Vida