Penyanyi dan hos, Aril Pilus meluahkan rasa teruja apabila pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi akhirnya berjaya merangkul Piala Dunia 2022 bersama pasukannya, Argentina dalam perlawanan akhir menentang Perancis, malam tadi.
Percaya momen tersebut turut dinantikan para peminat bola sepak, Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus turut mengimbau kenangan bola sepak pada usia remajanya.
“Finally! Memang ramai nak tengok Messi ambil Piala World Cup, aku sendiri pun nak tengok momen best ni.
“Dari zaman Barca sampai dia blah pergi PSG! Last World Cup dia, dia dapat apa dia nak! Complete trophy!
“Kalau zaman pak aku, Maradona & Pele, zaman remaja aku Messi & Ronaldo, cuma Messi ni luck dia baik sikit dari Ronaldo. Apa-apa pun game best malam ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Terdahulu, Skuad kendalian Lionel Scaloni akhirnya ditabalkan sebagai juara Piala Dunia setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan beraksi dengan begitu sengit sehingga terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah kian berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan tersebut akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan pada edisi 1986 di Mexico.
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI