Usahawan yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby Maembong ada bercerita mengenai perubahan dirinya yang kini hamil lagi.
Jelasnya menerusi Instagram, usia kandungannya kini sudah memasuki minggu ke-35.
Malah, Beby atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail, turut akui dia kini cepat alami penat.
“My ex boifren @nazry_84. Sistur Kembang semangkuk ni Buatan dia la tu. Sis dah 35weeks (8bulan) dah @bebyeejunior.
“Lately ni asyik nak tido & penat jeee. Pastu tido guling sana guling sini tak selesa. Tak dpt position tido yg best.
”Mummy-mummy yg preggy mcm mana?,” tanya Beby di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Nazri, pada tahun 2008.
Beby juga sebelum ini pernah tular kerana berpenampilan seperti duyung hingga diberi jolokan ‘Mermaid Malaysia’ kerana memiliki pinggang bersaiz 23 inci.
Foto: Instagram Beby Maembong