Akui bahawa dirinya kini menjadi bualan ramai, pelakon Zara Zya tenang menghadapi dugaan yang melanda dirinya apabila sudah putus tunang dengan Hafreez Adam bulan lalu.
Pun begitu, pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) itu tidak mematahkan semangatnya dengan sokongan kuat dari keluarga, sahabat dan kelab peminat.
“WHAT DOESN’T KILL YOU MAKES YOU STRONGER.
“Lately macam2 cerita keluar pasal saya. Yelah saya pon tak boleh control apa yg org nk cakap pasal saya. Saya percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.
“Saya bersyukur sangat2 sebab tak putus2 fans,family and friends bagi kata semangat menyokong dan doakan yg terbaik utk saya.
“Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Japan. Sanggup dtg sini semata2 nak jumpa dan bg semangat kat saya. @hickeymic,” tulisnya.
Mahu menjadikan tahun 2020 sebagai tahun terbaik untuk dirinya, Zara mahu melakar nama dan bakatnya agar terus cemerlang dalam industri hiburan dan perniagaan yang dijalankan kini.
“Apa yg jadi, biarlah. Saya nk buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang utk bisnes dan juga karier.
“Saya harap sokongan semua utk bg saya lbh kuat dan tabah utk harungi cabaran seterusnya.
“Nasihat saya, berkawan jangan seribu. Please, kecilkan your circle. Kawan boleh jadi lawan,” akhirinya.
Terdahulu, Hafreez memaklumkan, hubungannya dengan Zara terlerai selepas sebulan mereka bertunang.
Baru-baru ini, tersebarnya teks perbualan bintang berkenaan di media sosial bersama seorang wanita hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Bagaimanapun, Zara menafikan sekeras-kerasnya dan mengangap bahawa wanita berkenaan adalah kawan rapatnya.
Foto: Instagram Zara Zya