Nampaknya teka-teki hubungan cinta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran kian terjawab apabila Bella nampaknya kini kian terbuka dalam berkongsi gambar peribadinya.
Menerusi satu entri terbaru di akaun Instagram milik Bella, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dia bersama anak bakal suaminya itu iaitu Engku Aleesya.
Foto tersebut merakamkan Aleesya duduk bersebelahannya sambil berpegangan tangan dan bergambar bersama di satu majlis pertunangan rakannya ,Whulandary Herman.
Dalam pada itu juga, dia turut memuatt link nama bakal suaminya yang duduk bersebelahan rakannya itu.
“Bhulan sayaaangg..Congratulations on your engagement.You two are perfect together,inshAllah semua lancar dan mendapatkan ke ridhoan Allah dari hari ini sampai on your wedding day and selamanyaa.. You deserve the best. Congratulations bhulan n nikk!! Loveeee” tulis Bella pada gambar tersebut.
Ruangan komen di instagram Bella juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 18.1 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang positif merestui hubungan mereka.
Perkongsian pelakon Surga yang Tak Dirindukan itu telah menerima lebih daripada 404,998 likes. Rata-rata pengikutnya mendoakan kebahgiaan Bella bersama bakal suaminya itu.
Sementara itu, Erra juga mengakui anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya. Malah, dia sendiri juga berkata Bella seorang yang bersifat lemah lembut dan mudah didekati.
BACA JUGA › http://www.mediahiburan.my/aleesya-gembira-dengan-kehadiran-bella-erra-fazira/
Dikhabarkan meraka bakal mendirikan rumah tangga di Malaysia dalam masa yang terdekat setelah terdedahnya surat pernikahan mereka di media sosial.
Selain itu, Bella juga turut berkongsi foto merangkul Aleesya yang juga memakai busana berwarna senada dengannya.