Laudya Cynthia Bella Nafi Kahwini Lelaki Timur Tengah; “Minta Maaf Kerana Berita Ini Sangat Tidak Benar.”

Share

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menafikan desas-desus mendakwa dirinya kini sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dari Timur Tengah.

Menerusi pengurusnya yang dikenali sebagai Rita, Laudya menangkis khabar angin tersebut yang sedang hangat bertebaran di media sosial sejak semalam.

“Saya minta maaf kerana berita ini sangat tidak benar.

“Semoga kita semua terhindar dari fitnah, ya. Barakallahufik,” kata Rita mewakili Laudya memetik laporan portal Indonesia, MNC.

Gosip mengenai perkahwinan aktres berusia 34 tahun itu timbul seleaps viral video di TikTok memaparkan majlis perkahwinan kononnya Laudya dengan seorang kerabat diraja dari Dubai.

Lebih ‘memanaskan’ cerita, Laudya juga dikatakan sering terbang ke Dubai untuk bertemu dengan kekasihnya itu.

Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada September 2017 namun tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Laudya Cynthia Bella

Published by
Juliana Johar