Penyanyi, Amylea dan Kaer yang bakal bersaing bersama 11 lagu lain di Pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 minggu hadapan turut berdepan dengan kritikan netizen.

Ini kerana, ada yang bersepsi bahawa lagu berkenaan hanya bersandarkan kepada populariti drama Nur semata-mata.

Diajukan mengenai persoalan tersebut, rakan duet ini mempunyai pendapat sendiri. Kata mereka, kekuatan Tak Perhah Hilang adalah kerana gandingan antara lagu dan drama berkenaan yang saling berkait.

Namun ada sesetengah netizen memberi pendapat bahawa lagu ini layak ke Pentas AJL 33
oleh kerana populariti drama tersebut.

Ads

“Saya sendiri sebagai komposer, untuk tulis lagu soundtrack almost 17 soundtrack dah. It’s not about macam drama itu sendiri, tapi ialah kekuatan both, lagu itu sendiri dan juga drama itu.

“Kita sentiasa titik beratkan kualiti ia pasti akan menjadi dual impact”

Ads

“Kekuatan sesuatu lagu itu berbalik kepada pengisian dan juga susunan lagu tersebut.
Bukan kerana populariti drama tersebut yang membolehkan lagu tersebut berjaya ke Pentas Anugerah Juara Lagu 33,” katanya kepada MH.

Ads

Pada masa sama, kedua bintang ini mengakui pencapaian lagu tersebut juga merupakan usaha keras mereka yang membolehkan lagu ini berjaya, selain sokongan semua pihak.

Tambahaban pula, lagu berkenaan dipilih berdasarkan dari penjurian para juri profesional.

Untuk Amylea dan Kaer, MH mengucapkan semoga berjaya dan berikan yang terbaik untuk AJL33 nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI