Instafamous yang juga ushawan yang dikenali sebagai Cik Epal baru-baru ini ada memberikan kejutan buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jofliam yang ke-30.

Disunting kepada beberapa bahagian, video kejutan dan sekitar majlis keraian bersempena sambutan hari jadi itu telah dikongsikan wanita berusia 28 tahun ini menerusi Instagram.

Cik Epal ada memaklumkan, awalnya dia memberi kejutan buat suami dengan berlatar belakangkan lagu latar yang menjadi saksi cinta mereka sejak sekian lama. Malah, dia sempat berseloroh membayangkan hadiah yang bakal diberikan bukanlah seluar dalam berharga RM4,000!

Ads

Suaminya juga diminta untuk mengenakan penutup mata sebelum menerima hadiah kejutan darinya.

Rupa-rupanya kejutan yang diberikan memang di luar jangkaan si suami, iaitu sebuah kereta Ford Mustang rona kuning!

View this post on Instagram

Video part 5 Surprise Birthday Jofliam . Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta. . Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia. . Kalau dia layan aku macam QUEEN ?, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING ? . Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai ? . Bersambung…

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06) on

Ads

“Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.

“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.

“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING.

“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulisnya.

Ads

Pada masa sama, dia sanggup menambah kos sekitar RM10,000 bagi menaiktaraf bunyi enjin kereta ikonik berkenaan. Perkongsian tersebut turut dimuat naiknya di IG.

View this post on Instagram

Aku contact @ali_dtcmotors tarikh 12/1, birthday husband aku 28/1. Proses lama jugak sebab nak tunggu kereta colour kuning yang aku nak ni sampai Malaysia.Sebab aku suka kuning,Han pon suka sebab dia ingat bumblebee.? . So jumpa la Ali nak beli Ford Mustang 5.0 GT ni.Disebabkan kereta pon sampai lambat lepas tarikh birthday @jofliam .Last2 aku decide aku nak beli CASH.Senang.Laju pon laju malas fikir.Bila Ali dengar je, seram terus dia sebab risau ?. . Aku nekad bayar cash dan dah bayar full dah pon.Just dia hold dulu duit aku sebab dia kata atleast biar melalui bank jugak. . Aku cakap dekat dia “Seminima loan pon takpe ni Ali asalkan dapat kereta cepat dan buat syarat.Birthday husband jauh dah lepas ni”.Punya tak sabar.Haha . Akhirnya,dapat jugak dan selesai semua.Sebab tu lah surprise @jofliam kali ni bukan tarikh exact birthday dia. . TQ Ali sebab banyak tolong I.Nanti I nak beli I punya kereta pulak lepas ni, I akan deal dengan U.Heee ?

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06) on

Lalu, rata-ratanya memuji pengorbanan Cik Epal kepada suami. Kata mereka, tiada salahnya untuk saling menghargai jika berkemampuan.

Foto: Instagram Cik Epal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI