Hubungan mesra dua bintang popular, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat mereka apabila kedua-duanya hadir bersama menyaksikan konsert band terkenal, Coldplay yang diadakan di Stadium Wembley, London baru-baru ini.
Kedua-dua pelakon berusia 29 tahun itu turut memuat naik video serta gambar mesra mereka ketika sedang menyaksikan konsert terbabit di laman Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat membuat spekulasi kedua-dua mereka mungkin sedang bercinta. Sebelum ini Daiyan dan Aedy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sejak digandingkan bersama menerusi drama Projek: Anchor SPM.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Daiyan mahupun Aedy tidak membalas sebarang komen netizen yang kebanyakannya tertanya-tanya status hubungan mereka.
Difahamkan, Daiyan singgah ke New York, Amerika Syarikat terlebih dahulu sempena pelancaran sebuah produk jenama popular sebelum ke London.
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Daiyan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat menyaksikan kumpulan Coldplay beraksi secara live.
“I love you so much Coldplay. Terima kasih untuk pengalaman yang penuh magik ini. Muzik kalian sentiasa membuatkan hati saya tersentuh dan saya bersyukur dapat menikmati momen ini,” tulis Daiyan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha, Aedy Ashraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI