Bayangkan bila satu keluarga sebagai sebuah pasukan perompak profesional, mungkin kerja-kerja ‘kotor’ ini lebih mudah untuk dilaksanakan.
Ini kerana, bila darah daging sendiri bergabung, keserasian itu memang tidak boleh disangkal lagi. Ditambah pula apabila setiap ahli keluarga mempunyai kepakaran dalam skil masing-masing sehingga membuatkan pasukan ini sukar ditumpaskan!
Ini antara kisah menarik yang dipaparkan menerusi drama terbaharu terbitan Astro Shaw, berjudul X-Change: Bond Of Bloods.
Drama padat babak aksi, heist dan konflik, drama ini dibintangi dibintangi pelakon lama dan baharu seperti Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong, Hariz Hamdan dan Marissa Yasmin.
Selain boleh ditonton menerusi saluran Astro Premier (110), anda juga boleh layan drama ini di platfrom penstriman Astro Go dan Sooka.
Untuk kepuasan maksimum, tonton tanpa buffering dan video HD, anda kini boleh X-change ke pelan redONE Postpaid 5G SMART.
Menerusi plan ini, pelanggan redONE Postpaid 5G SMART bakal menikmati keistimewaan tanpa had seperti data internet pantas dan panggilan.
Anda juga boleh scroll platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube tanpa henti pada bila-bila masa sahaja. Layan video dalam HD pun tiada masalah sebab unlimited.
Lebih menarik, anda juga bakal menerima akses internet sebanyak 60 GB untuk hotspot.
Kesemua tawaran gempak ini boleh dinikmati dengan harga bermula serendah RM68 sebulan. Nama yang telah disenarai hitam pun boleh memohon.
Selain itu, anda juga bakal menerima rebat RM10 selama enam bulan untuk port-in customers.
Lagi hebat dengan pelan ini, anda akan dapat sebuah telefon pintar 5G secara PERCUMA dan berpeluang memenangi iPhone setiap minggu.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan segera pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile berhampiran anda tanpa drama. Untuk info lanjut, layari: https://bit.ly/Telefon5GPercuma
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Myra Nastasya baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi kepada umum mengenai tindakan bapa kandungnya, Halim Othman, yang menukar butiran di sijil kelahiran tanpa pengetahuan dirinya.
Pemilik nama penuh Yusmyra Nastasya Abdullah ini menyatakan bahawa tindakan itu bukan sekadar mengguris hatinya, namun turut mengguris hati bapa angkatnya, Kenny Chan, yang selama ini menjadi figura lelaki yang banyak membantunya sejak kecil sehingga dewasa
Berkongsi kepada Media Hiburan tentang perkara ini, bekas finalis Dewi Remaja 2019 yang juga seorang jurulatih pasukan sorak ini menegaskan yang dia rasa terkilan dengan jawapan yang diberikan Halim Othman apabila ditanya mengenai perkara tersebut.
“Pada mulanya saya tidak mahu bertanya, Myra nak terus attack. Namun kawan saya menasihatkan saya untuk bertanya dahulu mengapa dia berbuat begitu. Saya pun mengharapkan satu penjelasan yang baik.
“Namun sebaliknya saya mendapat jawapan yang sangat menyakitkan. Dia berkata yang itu adalah keputusannya sendiri. Dia berkata tanpa gennya saya tidak akan wujud. Adakah ini cara seorang ayah patut jawab soalan kepada anak perempuannya?” kongsi Myra.
Myra kini aktif sebagai jurulatih pasukan sorak dan menempa kejayaan sehingga luar negara.
Imbas kembali dua tahun lalu, pengakuan yang dibuat Halim Othman dan Myra Natasya menyatakan bahawa hubungan mereka adalah sebagai bapa dan anak menggemparkan industri seni tempatan. Kenyataan mereka itu disambut baik ramai.
Namun di sebalik momen tersebut, wanita berusia 29 tahun ini berkongsi yang perkara tersebut sebenarnya terhenti setakat itu sahaja tanpa ada komunikasi yang berpanjangan.
“Selama 27 tahun hari-hari merayu untuk mendapat kebenaran dia agar orang tahu dia ayah saya. Namun akhirnya apabila saya ada nama dalam industri, dia pun terbuka hati dan kita sangat gembira.
“He tried so hard to be a father, tetapi hakikatnya dia tidak pernah menjadi seorang ayah dalam hidup saya.
“Sepas habis sahaja statement yang dibuat dan kemunculan kami di pelbagai talkshow hubungan kami setakat itu sahaja. Kami tidak bercakap langsung sejak itu sehinggalah baru-baru ini,” ucapnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.
“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.
“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.
Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa stesen radio yang ingin menggunakan khidmatnya untuk kembali bertugas di konti.
Bagaimanapun, Fara menjelaskan dia terpaksa memikirkan mengenai pelbagai aspek lain sekiranya mahu kembali bergelar penyampai radio sepenuh masa.
“Sebenarnya masih ada. Tawaran sentiasa datang. Cuma persoalan dia sekarang adakah saya mahu kembali kepada rutin radio sepenuh masa atau tidak. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang.
“Kalau anda semua tanya saya adakah saya masih sayangkan dunia radio, jawapan saya radio itu akan sentiasa ada dalam jiwa.
“Malah saya juga masih jadi perunding bagi stesen-stesen radio lain. Saya juga adakan kelas dan juga training untuk para penyampai radio.
“Bila orang tanya tak rindu ke nak join dunia radio balik, saya tak tahu macam mana nak rindu sebab saya masih lagi berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti bersama orang-orang di radio,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, dia juga kini sedang melatih para penyampai terutamanya di stesen-stesen radio kerajaan.
Ketika ditanya mengenai perkara yang paling dirindui sepanjang bergelar penyampai radio terutamanya ketika di bulan Ramadan, Fara mendedahkan ada beberapa momen yang berlaku kepada dirinya yang sehingga kini masih lagi tidak dapat dilupakan.
“Pekara yang paling saya rindu adalah bersahur di dalam konti. Itu yang paling saya nanti-nantikan. Sebelum tidur saya akan pack macam nak pergi kenduri. Padahal nak berbuka dengan suami orang je pun (Faizal Ismail, AG).
“Sepanjang 10 tahun saya bekerja di stesen radio yang terakhir, ada satu kejadian yang tidak boleh saya lupakan apabila saya terpaksa buka puasa pukul 6.30 pagi.
“Ketika itu saya seorang sahaja yang on air. Ketika saya nak mula bertugas, tiba-tiba saya tersedak kemudian saya batuk tanpa henti dan tekak saya jadi terlalu kering.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk minum air. Selepas itu, tiba-tiba elok pula suara saya. Momen itu memang tak dapat saya lupakan,” akhiri Fafau.
Foto: Instagram Fara Fauzana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Pelakon dan Penyampai Radio, Hawa Rizwana Redzuan kini melebarkan portfolionya apabila terjun ke dunia perniagaan selepas melancarkan jenama hijabnya sendiri baru-baru ini.Keputusan yang...