
Teka-teki mengenai siapakah barisan penyanyi yang akan bersaing menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) Musim ke-11 masih lagi menjadi tanda tanya.
Pelbagai nama ‘dipetik’ netizen sejak berbulan dulu, meramal artis kesayangan masing-masing bakal menyertai rancangan realiti tahunan itu.
Bagaimanapun, kecoh sejak petang tadi apabila Astro Gempak dikatakan ada mendedahkan enam nama peserta yang didakwa bakal bersaing di GV11.
Antara nama-nama bintang disenaraikan termasuk Illa Sabri, Sheila Abdul, Fairuz Selamat, dan Ning Baizura.
Malah, trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima pun ada dalam senarai, biar betul?
Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan mengenai kesahihkan mengenai perkara tersebut kerana tiada butiran terperinci yang dikongsi selain hanya foto artis terbabit.
Foto-foto berkenaan juga sudah pun dipadamkan.
Imbas kembali, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara sulung GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).
GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars.
Sepanjang 10 musim, GV bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go serta Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perkataan Kawan & Baik Tidak Sesuai Untuk Dia,” – Shila Amzah Komen, Ulas Isu Wanita Didakwa Ibu Tiri

Penyanyi Shila Amzah menepis dakwaan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan di antara kedua ibu bapanya sebagai rakan.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menegaskan, wanita berkenaan juga tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian.
Namun mengakui dia sudah mengenalinya sejak di bangku persekolahan lagi.
“Sudah tentu (mengenali wanita itu), pada saya tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.
“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa sahaja rasa daripada saya.
“Semasa zaman persekolahan memang dia adalah kawan rapat saya dan dia selalu tidur di rumah saya. Kami memang sangat rapat. Jadi, dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya,” katanya.
Ibu kepada cahaya mata itu juga menjelaskan hubungan itu sudah lama terputus, lebih-lebih lagi apabika tindakan wanita itu memberi kesan terhadap keluarganya.
“Semasa dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri. Saya anggap kami tiada persefahaman sahaja.
“Tapi, dia lebih rapat dengan mak saya berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
“Perkataan kawan dan baik tidak sesuai untuk dia. Mungkin kedengaran kasar tapi itulah kenyataannya. Sebagai seorang wanita memang akan terasa apabila berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.
Shila bagaimanapun percaya, ada perkara baik menanti mereka sekeluarga di kemudian hari.
“Ini adalah ujian ke atas keluarga saya atau satu perkara yang menjadi titik tolak untuk kami perbaiki pada masa akan datang. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya percaya ada hikmah disebaliknya. Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.
“Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian.
“Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan,” katanya lagi.
Terdahulu, kemelut rumah tangga bapa Shila iaitu ND Lala tercetus apabila isterinya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.
Pada hantaran sama yang dikemas kini semula, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.
Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, dipercayai untuk memfailkan perceraian terhadap ND Lala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber : BH Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Mulut Murai Tapi…,”- Ucapan Yatt Hamzah Buat Anita Baharom Sempena Hari Jadi, BFF Goals!

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah ada berkongsi sekeping gambar bersama sahabat baiknya, Anita Baharom beberapa minit lepas.
Dalam pada masa yang sama, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ada menitipkan ucapan dedikasi sempena hari jadi Anita yang ke-36 tahun.
“Sanah Helwah, Happy Birthday, Selamat Hari Lahir yg ke 46 tahun sahabat dunia akhirat ku @anitabaharom Eh betul ke 46? Betul kan beb!! Yelah2 36..
“Minah solehah ni, ibu yg baik, cantik luar dalam. Kami kenal lama dah sejak zaman anak dara sampailah skrg msg2 dah ada anak dara sendiri. Dia sorang je anak dara, yg lain teruna. Bonda ni 3 anak dara..
“Moga Syurga buat kau sahabat ku. Walaupun ko mulut potpet2 versi murai bertih bagai (cakap dg cermin) tp hati cantik baik sungguh,” tulis Yatt.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
“Nanti kalau x jumpa aku dlm Syurga, cari aku ya. Sebut nama aku dpn Allah ya beb minta bawa aku bersama dlm SYURGA. Ameen…
“Sayang kau dunia akhirat lillahitaala in shaa Allah…
“Haa semua orang lekas komen bg ucapan Birthday pada Cik Puan @anitabaharom ni. Dan komen juga apa yg serupa pd muka kami. Selain Kajol dan Kim Kardashian, Anita Baharom juga antara yg disamakan wajah dg Bonda,” tulis Yatt lagi.
Untuk rekod, kedua-dua wanita berhijab ini pernah bergandingan dalam sebuah drama bersiri popular Dunia Baru satu ketika dahulu.
Apa-apa pun, MH ucapkan selamat hari jadi buat Anita dan semoga persahabatan kalian kekal hingga syurga!
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Hal Ini Mendatangkan Kesusahan Kepada Saya…,”- Anggap Ujian Jihad Kecil, Kaka Azraff Tak Menyesal

Penyanyi, Kaka Azraff reda dengan ujian yang menimpa dirinya saat ini susulan kontraknya bersama syarikat rakaman telah ditamatkan kerana lantang bersuara mengenai konflik yang berlaku di Palestin.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap ujian ini sebagai jihad kecil demi menuntut keadilan buat rakyat Palestin.
“Saya melihat perkara ini daripada sudut positif sebab saya tahu saya berada di pihak yang benar. Setakat beberapa hari ini, saya hanya mengambil perkara yang positif sahaja.
“Yang negatif, sebolehnya saya tak mahu tengok. Apa yang saya buat ini adalah untuk saudara-mara kita di Palestin.
“Kalau hal ini mendatangkan kesusahan kepada saya, saya anggap ia merupakan jihat kecil daripada saya,” katanya kepada MH.
Anak saudara kepada penyanyi senior, Ella ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media tergempar yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada Rabu.
Pada masa sama, Kaka turut mendedahkan dirinya tidak terkesan selepas menerima banyak mesej kecaman di media sosial.
“Saya terima banyak mesej dan hantaran di media sosial yang menghentam saya. Namun, saya tak terkesan dengan perkara tersebut.
“Saya sentiasa berpegang teguh dengan pendirian saya. Saya tidak akan berhenti untuk bersolidariti.
“Saya bukan menghantar mesej kebencian cuma saya mempertahankan rakyat Palestin. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi dan mengambil akauntabiliti,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong berkenaan isu ini.
“Saya sebenarnya tidak mahu terlalu berbangga dengan apa yang terjadi tapi saya yakin semua umat Islam faham apa yang saya maksudkan daripada DM yang dihantar.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan. Saya terima banyak mesej dan komen yang memberikan kata-kata semangat.
“Saya sangat menghargainya dan bersyukur ada pihak yang dapat melihat hal ini daripada sudut pandang yang sama,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai nasihatnya kepada rakan artis yang ingin terus bersuara demi rakyat Palestin, Kaka meminta mereka supaya bersedia dengan risiko yang bakal ditanggung.
“Terpulang kepada individu sebab ia atas risiko masing-masing. Apa yang mereka mahu pertahankan, itu adalah hak individu.
“Ini jalan yang saya pilih. Namun, saya berharap agar semua pihak yang bersama Palestin ini untuk menggunakan suara kita.
“Suara kita mungkin kecil tapi mungkin boleh beri impak. Saya harap mereka berani untuk bersuara tapi dengan cara lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Kaka memaklumkan pihak Warner Music telah menghantar surat penamatan kontrak pada 30 November lalu.
Namun, surat tersebut masih belum ditandatangani oleh Kaka kerana merasakan ia berlaku secara sebelah pihak.
Lantaran itu, Kaka menggesa pihak Warner Music untuk memberikan alasan munasabah mengapa kontraknya ditamatkan secara tiba-tiba.
Katanya lagi, proses mahkamah bakal menjadi jalan terakhir sekiranya tiada rundingan yang dibuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI