Teka-teki mengenai siapakah barisan penyanyi yang akan bersaing menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) Musim ke-11 masih lagi menjadi tanda tanya.
Pelbagai nama ‘dipetik’ netizen sejak berbulan dulu, meramal artis kesayangan masing-masing bakal menyertai rancangan realiti tahunan itu.
Bagaimanapun, kecoh sejak petang tadi apabila Astro Gempak dikatakan ada mendedahkan enam nama peserta yang didakwa bakal bersaing di GV11.
Antara nama-nama bintang disenaraikan termasuk Illa Sabri, Sheila Abdul, Fairuz Selamat, dan Ning Baizura.
Malah, trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima pun ada dalam senarai, biar betul?
Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan mengenai kesahihkan mengenai perkara tersebut kerana tiada butiran terperinci yang dikongsi selain hanya foto artis terbabit.
Foto-foto berkenaan juga sudah pun dipadamkan.
Imbas kembali, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara sulung GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).
GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars.
Sepanjang 10 musim, GV bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go serta Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini