Pelakon, Que Haidar ada memuat naik beberapa keping foto bersama isteri di laman media sosial Instagram miliknya.
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini telah mengimbau kembali foto kenangan percutian bulan madu bersama permaisuri hati yang dirakam kira-kira 10 tahun lalu.
“Ni masa first honeymoon kami di Portland, Oregon, US #10yearschallenge,” tulisnya.
Gambar
Pada masa yang sama, perkongsian pelakon filem Zombie Kampung Pisang ini telah mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, peminat memuji wajah pasangan ini yang kelihatan sangat secocok dan awet muda sentiasa.
Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta yang dibina oleh Que bersama isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Que dan pasangannya, guru tari Linda Jasmine berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 10 tahun dan Tengku Cleopatra, 8 tahun.
Linda sebelum ini turut dikenali dalam dunia seni tempatan apabila sering diundang sebagai tenaga pengajar serta menduduki kerusi juri profesional menerusi program realiti hiburan.
Foto: Instagram Que Haidar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ben Ali & Isteri Rela Hati Sumbang RM40K Untuk Palestin – “Jumlah Sebahagian Dari Setiap Seorang Yang Membeli Produk Kami.”
Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, sumbangan berkenaan diperoleh hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya memetik Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya lagi.
Ben pada masa sama turut berhasrat untuk terus melakukan projek amal yang dilakukan sempena Ramadan baru-baru ini.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya.
“Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan,” harapnya optimis.
Sementara itu menerusi Instagram, Ben turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembeli yang secara tidak langsung menyokong apa yang diusahakan ketika ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, berkat hasil pembelian para pelanggan & juga berkat izin Allah S.W.T , kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.
“Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sejak dari dahulu lagi menyokong perjalanan kami. Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara-saudara se-islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kepada yang berhajat untuk juga menyumbang. Saya sertakan sekali antara senarai pertubuhan yang kami telah sumbangkan bantuan. Diharap kita semua mendapat syafaat dari-Nya. InshaAllah,” tulisnya.
Foto: Instagram Ben Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemunculan Edry KRU, Baju ‘Ikan Bakar Portugis’ Kepom & Jac Hafal Lirik Rap, Ini 10 Trivia Yang Bikin GV9 Final Sukses!
Program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sudah pun melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan Jaclyn Victor dijulang sebagai juara.
Tempat kedua disandang Bob Yusof sementara Shila Amzah pula di tempat ketiga.
Enam peserta mempamerkan persembahan hebat memukau menerusi dua segmen iaitu solo dan ‘battle’.
Istimewa, ikuti 10 trivia menarik kami kongsikan sepanjang malam kemuncak GV9!
Elly Mazlein yang sinonim disapa sebagai Kak Lina atau Kepom tampil memukau dengan bersalinan ‘dress Butterfly’ dari WanPa.
Macam biasa Nabil mengusik Elly, membayangkan persalinan yang dipakai tak ubah nampak seperti ‘Ikan Bakar Portugis.’
Teruja, Elly sampai ternganga melihat Edry yang berada di posisi juri jemputan.
Sebelum mula persembahan, Ramli MS ucap selamat maju jaya buat semua peserta, pesan; “Jangan bazirkan walau senada.”
Gamat Auditorium MBSA bila Elly main air sejurus Shila Amzah selesai buat persembahan!l
Edry teruja lihat Jaclyn Victor buat rap, sifatkan Jaclyn sekarang jauh bezanya berbanding dulu.
Memang hafal lirik! Jaclyn nyanyikan balik bahagian rap ketika mendapat komen juri.
Shila Alami tonsil dan keadaan telinga kirinya tidak berapa baik selepas mengalami jangkitan.
Bob bakal menggunakan wang kemenangan untuk keperluan kerjaya seni, sementara Jaclyn akan simpan sebahagian untuk anak-anak.
Suki Low yang turut hadir menonton dilihat memberikan standing ovation sejurus Shila dan Jaclyn membuat persembahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Sebab Jadi Imam Saya,”- Ulang Tahun Ke-8, Ini Ucapan Sweet Mizz Nina Buat Noh Salleh, Moga Till Jannah
Bekas penyanyi, Mizz Nina ada menitip ucapan buat suami tercinta, Mohammad Noh Salleh bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8 tahun.
Perkara itu dikongsikan Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman di Instagramnya.
“I was saving this pic of us, which was taken during our recent humanitarian mission in Syria, especially for today 💕
“Happy anniversary to my sayang @mohammadnohbinsalleh my partner in this life and in jannah inshaAllah.
“Thank u for always supporting me, for being my best friend, my husband and my imam, I am soooo grateful and blessed to have u in my life, alhamdulilah.
“Thank u for letting me, just be me, the good, and the ugly ( hoping no bad 😆) and May Allah continue to guide us, protect us, grant us His Mercy, increase us in Iman, Taqwa, tawfiq, Hidayah, humility and Gratitude.
“May He also continue to choose us to serve Him, serve the Deen and humanity always. Love u always lilaahitaala,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
Lalu, netizen telah meninggalkan komen dan mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan ini.
Untuk rekod, Noh dan Nina diijabkabulkan pada 2 Julai 2011 di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang.
Pihak lelaki telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.
Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.
Foto : Instagram Mizz Nina/ Noh Hujan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI