Pelakon, Que Haidar ada memuat naik beberapa keping foto bersama isteri di laman media sosial Instagram miliknya.

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini telah mengimbau kembali foto kenangan percutian bulan madu bersama permaisuri hati yang dirakam kira-kira 10 tahun lalu.

“Ni masa first honeymoon kami di Portland, Oregon, US  #10yearschallenge,” tulisnya.

Gambar

IKLAN

Pada masa yang sama, perkongsian pelakon filem Zombie Kampung Pisang ini telah mendapat perhatian daripada peminat.

Malah, peminat memuji wajah pasangan ini yang kelihatan sangat secocok dan awet muda sentiasa.

IKLAN

Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta yang dibina oleh Que bersama isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Lebih 10 Tahun Sehidup Semati, Que Haidar Imbau Memori Honeymoon Bersama Isteri Lebih 10 Tahun Sehidup Semati, Que Haidar Imbau Memori Honeymoon Bersama Isteri

IKLAN

Untuk rekod, Que dan pasangannya, guru tari Linda Jasmine berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 10 tahun dan Tengku Cleopatra, 8 tahun.

Linda sebelum ini turut dikenali dalam dunia seni tempatan apabila sering diundang sebagai tenaga pengajar serta menduduki kerusi juri profesional menerusi program realiti hiburan.

Foto: Instagram Que Haidar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI