Tidak dinafikan, agak sukar ketika ini untuk melihat anak-anak muda isi masa atau ‘lepak’ di masjid sebelum menunaikan solat, lebih-lebih lagi ketika pemodenan gajet mendominasi dunia.
Bagaimanapun, situasi tersebut nyata berbeza di Masjid Darul Murtadha, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini apabila lebih 1,000 anak muda terdiri kebanyakannya remaja berhimpun dari pagi hingga malam!
Ini kerana, Yayasan Murtadha Berhad di bawah bimbingan pengasasnya, Ustaz Yaakub Yusra dengan cemerlang dan luar jangka telah menarik minat golongan terbabit menerusi pengisian bermakna Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik, Madad E-Football 23 Mobile.
Jelas Ustaz Yaakub, sebanyak 124 pasukan mengambil bahagian dalam Liga Sepak Penalti yang julung-julung kali diadakan itu dan penyertaan memberangsangkan sebanyak lebih 64 peserta untuk e-football.
“Dalam program Lepak Geng Utagha, kami menyasarkan anak-anak muda dan menariknya sebanyak 124 pasukan terlibat dalam Liga Sepak Penalti, terdiri daripada lebih 700 orang peserta.
“Manakala, 64 peserta mendaftar untuk menyertai Madad E-Football 23 Mobile, malah ada yang datang saat akhir untuk menyertai pertandingan kali ini,” katanya.
Melihat kepada situasi ada remaja yang ‘candu’ terhadap dunia media sosial dan gajet, kata Ustaz Yaakub lagi, pihaknya turut menyediakan pendekatan ‘reverse psychology’ untuk melaksanakan program Geng Lepak Utagha ini.
Ads
Malah dalam jangka masa panjang, perancangan Ustaz Yaakub adalah mengadakan Liga Sepak Penalti terbesar di Malaysia yang dijangka akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada akhir tahun.
Perancangan itu akan membabitkan lebih 1,000 pasukan dan hadiah terkumpul lebih tinggi.
Pada masa sama, sebanyak tujuh rombongan bas dari beberapa negeri antaranya Pahang, Perak dan Perlis hadir untuk kuliah dhuha di Masjid Darul Murtadha, Murtadha Dakwah Centre.
“Sebelum perasmian bermula, peserta diajak untuk sama-sama terlibat dalam Kuliah Dhuha yang menampilkan barisan tokoh agamawan popular seperti Ustaz Firdaus Firabid, Ustaz Ahmad Yusof Ustaz dan Ustaz Abdullah Khairi.
“Pada sebelah malam pula ada penampilan khas untuk sesi forum bersama bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar,” tambahnya lagi.
Masjid sebagai One Stop Centre Program ini juga merupakan inisiatif Masjid Darul Murtadha yang berperanan sebagai One Stop Centre, bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah solat, tetapi juga diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Program ini juga antara kesinambungan penubuhan Kelab Budak Masjid, inisiatif untuk mendekatkan anak muda ke masjid. Melalui program ini, Yayasan Murtadha Berhad memberikan wang sagu hati kepada anak-anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.
Ads
Masjid Darul Murtadha juga mengambil iktibar daripada zaman Rasulullah yang memperluaskan peranan masjid kepada pusat aktiviti masyarakat yang dapat mengeratkan ukhwah penduduk sekitar.
Mengambil pendekatan itu, Masjid ini mempunyai hotel kapsul yang memberikan kemudahan kepada musafir untuk berteduh sebelum memulakan perjalanan mereka.
Malah, masjid ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan anak-anak dan ibu bapa mengunjungi masjid.
Masjid Darul Murtadha merupakan sebahagian projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre yang meliputi pembangunan rumah warga emas, kompleks tahfiz integrasi dan stadium e-sport, hub sukan sunnah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.
Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun rasmi dan boleh rujuk ke laman madadcentre.com.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kata orang, soal penjagaan kulit memang penting. Tak kira sama ada korang lelaki atau pun wanita, hal berkaitan dengan penampilan diri kan memang perlu dititik beratkan. Barulah tampak kacak atau cantik macam selebriti kan?
Jadi, untuk memastikan kulit kita kekal terjaga, amatlah penting juga untuk mengetahui atau mengambil barangan pengajaan wajah terbaik, serasi dengan kulit.
Tapi perlu diingat, item wajah yang baik tak semestinya berharga mahal. Sebaliknya kena bijak memilih selain membandingkan harga barang. Tak adalah membazir saja nanti.
Kali ini, #MHTrivia cuba berikan tujuh koleksi ‘drugstore’ popular yang mungkin korang boleh pakai bagi yang masih tercari-cari produk yang sesuai dengan wajah. Nah, ini dia!
Tak dinafikan, masalah blackhead pun boleh menyebabkan kita tak akan rasa yakin. Sesekali perlu jaga juga bahagian zon t kita, iaitu pada hidung. Korang boleh bandingkan beberapa jenama pore pack yang ada di farmasi misalnya.
2. Kalau rasa ‘puteri lilin’ sangat, apa kata setiap kali keluar rumah, sapukan sunblock di sekitar wajah dan badan. Macam produk jenama SunPlay ni, kandungan SPF dia pun tinggi, jadi memang baik bagi korang mempunyai kulit wajah normal. Rasanya harganya pun kurang dari RM50. Berbaloikan?
3. Tisu basah atau di kalangan kita popular dengan panggilan ‘wipe tissue’ memang popular penggunaannya. Selain praktikal digunakan di mana-mana, korang juga boleh membersihkan wajah, khasnya apabila hendak mencuci solekan. Tanggalkan sisa solekan sebelum membersih dengan menggunakan tisu basah ini. Tak mahal pun harganya, kurang RM10! Misalnya produk dari Watsons ni, berasaskan Green-Tea lagi!
4. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering atau kombinasi, apa kata cuba pembersih wajah jenama Botanics ini. Berasaskan herbal, ia mampu mengurangkan masalah normal yang berlaku pada wajah selain menyegarkan. Harganya? Bawah RM15 okay!
5. Selain tisu basah, jangan lupakan oil control film, bagi korang yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak. Rasanya golongan remaja yang paling banyak alami masalah ni, baik lelaki dan gadis. Jadi tak salah pun kalau beli benda ni dan simpan dalam beg masing-masing. Boleh kurangnya masalah minyak pada kulit muka bila perlu.
Ha, ini dia barisan item penjagaan kulit wajah, khas buat korang. Boleh lah sedikit sebanyak jadikan sebagai panduan. Jadi pengguna yang bijak okay. Tak perlu berhabisan demi nak kulit cantik cam selebriti.
Foto : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Ruhainies mempunyai cara sendiri untuk berhadapan dengan soalan-soalan sensitif daripada orang ramai terutamanya melibatkan soal jodoh ketika musim perayaan yang bakal menjelang.
Bagaimanapun, Ruhainies percaya masyarakat ketika sudah semakin matang dan tahu membezakan antara gurauan dan soalan sensitif.
“Saya ada cara sendiri untuk berhadapan dengan situasi begini tapi saya rasa orang-orang zaman sekarang pun dah bijak. Mereka sendiri tahu soalan-soalan sebegitu sangat sensitif. Mereka pun tak akan tanya.
“Kalau mereka tanya sekali pun, saya akan jawab, saya akan serahkan kepada Allah untuk tentukan jodoh saya. Kalau dah sampai waktunya, saya terima. Andai belum, saya reda,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu mendedahkan dirinya masih belum terdesak untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membahagiakan keluarga.
“Saya bukan dalam fasa tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga sebab ketika ini saya mahu berada di fasa bertenang dahulu.
“Ada banyak lagi perkara yang belum saya penuhi untuk kedua ibu bapa saya. Banyak lagi perkara yang saya nak kejarkan daripada memikirkan soal jodoh.
Saya rasa diri saya masih muda dan tak perlu terburu-buru,” ujarnya lagi.
Ruhainies berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Ruhainies bersama peminat yang berlangsung di sebuah gedung acara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Ruhainies mendedahkan sekiranya dia bertemu jodoh selepas ini, dia mahu melalui fasa bercinta selepas berkahwin.
“Saya rasa seperti mahu bercinta selepas kahwin. Rasanya lagi sweet. Saya memang menunggu jodoh je sekarang ini. Kalau saya terbuka hati untuk seseorang, saya akan memandang usaha dia juga.
“Kalau usaha dia okay, saya bersedia ke fasa seterusnya. Nak bercinta itu rasanya seperti membuang masa sahaja. Kita bukan budak-budak lagi,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal muncul menerusi drama terbaru yang berjudul Bingtang.
Drama yang akan ditayangkan di slot Lestary, TV3 itu akan menggandingkan Ruhainies bersama aktor kacak, Daniel Fong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Menerusi akaun Instagram Aidil, dia telah memaklumkan bahawa Fasha kini sah sudah hamil.
“Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb #hadiahramadhan”tulisnya.