Jujurnya, MH sebelum ini ada terdengar mengenai isu masalah rumah tangga melibatkan penyanyi, Isma (AF7) dan suaminya yang kini merupakan komposer terkenal, Zul 2 by 2.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pasangan berkenaan sehinggalah baru-baru ini, isu sama kembali hangat diperkatakan sesama kenalan rapat.

Malah, khabar angin kononnya rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun itu mengalami masalah apabila masing-masing memberi ‘hint’, memuat naik status berbaur luahan mungkin terhadap masalah yang dilalui menerusi media sosial.

Semalam, Isma ada memuat naik caption yang penuh tanda tanya yang berbunyi;

IKLAN

“Apabila hati aku sudah tawar dan mula tidak kisah, kau boleh lakukan segala apa yang kau mahukan. Aku sudah tidak akan terkesan dan kisah.”

Lebih 20 Tahun Bersama, Isma dan Zul (2 by 2) Kini Hadapi Konflik Rumah Tangga?

Sementara Zul sebelum ini ada memuat naik caption awal November lalu iaitu Depression is like a war. You Eiter win or you die trying.

IKLAN

Lebih 20 Tahun Bersama, Isma dan Zul (2 by 2) Kini Hadapi Konflik Rumah Tangga?

Enggan membuat sebarang spekulasi, MH cuba mendapatkan penjelasan daripada Isma, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi, Tomok.

IKLAN

Katanya, dia belum bersedia untuk memberi apa-apa komen. Kalau mahukan lebih kepastian, tanyalah Zul sendiri.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata. Apa pun yang berlaku, kami mengharapkan yang terbaik buat pasangan selebriti ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI