“Lebih 25 Tahun Berkecimpung Di Dalam Industri Filem Dan Seni,”- Tahniah! Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

Share

Terbaru, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Hans Isaac atau nama sebenar Gerald Hans Isaac telah berkongsi berita gembira apabila dia telah dilantik sebagai pengerusi FINAS yang baharu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), hari ini.

“Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.”

“Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.”

“Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.”

“Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.”

“Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain.Salam hormat, Dato’ Hans Isaac Pengerusi FINAS”tulisnya.

Terdahulu, Hans Isaac pernah menjadi ahli lembaga penasihat FINAS dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Manakala jawatan pengerusi FINAS sebelum ini telah disandang oleh Samsuni Mohd Nor selama 4 bulan yang lalu.

Foto : Instagram Hans Isaac

Published by
Nazar Rafiqhi