Lebih 400 Peserta, Bengkel Simulasi Kehamilan Anjuran Mommydaddy&I Cipta Rekod MBOR

Share

Mengumpul seramai 406 peserta yang terdiri daripada bakal ibu bapa, workshop prenatal anjuran Mommydaddy&I telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai The Most Participants in a Prenatal Workshop.

Pengasas Mommydaddy&I, Chew Meng Li berkata bengkel yang diadakan itu merupakan satu inisiatif yang direka khusus untuk bakal ibu bapa bertujuan untuk menyediakan mereka tentang apa yang perlu dijangka dengan ketibaan cahaya mata sulung.

“Dalam bengkel ini kami membincangkan topik-topik seperti penyusuan, penjagaan bayi, pemakanan dan mengadakan sesi praktikal unttuk memudahkan pemahaman bakal ibu bapa muda ini.

“Menerusi acara ini juga kami turut menawarkan pengalaman unik pertama di Malaysia di mana seramai tiga bakal bapa bertuah terpilih untuk merasai pengalaman kehamilan dengan memakai empathy belly simulasi kontraksi semasa bersalin,” katanya.

Majlis penyerahan sijil diserahkan wakil MBOR, iaitu Edwin Yeoh Tiong Chin dan Siti Nurhanim Mohd Noh kepada Pengasas MommyDaddy&i, Chew Meng Li, Pengurus Besar Hospital Columbia Asia, Ong Gait Cheng, dan Pengurus Besar Hospital Columbia Petaling Jaya, Yasser Arafat sambil disaksikan, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datin Roszita Imaduddin.

Sementara itu, Datin Roszita menyifatkan bengkel ini sesuatu yang wajar dilaksanakan dan perlu diperluaskan lagi di masa hadapan.

“Apa yang saya nampak program ini adalah sesuatu yang sangat baik diadakan terutama kepada bakal-bakal ibu.

“Ia mengajar banyak cara bagaimana mereka nak menghadapi kehamilan. Selain itu, program ini turut memberi manfaat buat bakal bapa yang mana ia lebih memberikan fokuks kepada kematangan fikiran serta kesihatan mental seseorang itu.

“Bila ada suami yang menyokong ketika di tempoh kehamilan, secara tidak langsung kesihatan mental para isteri dan bakal ibu ini pun akan menjadi sihat.

“Program ini juga memberi pelbagai pendedahan untuk what to expect, contohnya bila isteri dah nak bersalin, apa yang para suami patut buat dan sediakan.

“Malah, ia turut mengajar macam mana cara yang betul untuk pegang baby yang baharu lahir serta pengalaman memakaikan diapers pada ‘fake baby’ agar si bapa tidak kekok membantu si ibu dalam menggendalikan si kecil mereka nanti,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar