Pelakon Fizo Omar mendukung watak sebagai Ikram menerusi drama bersiri, Adellea Sofea ada berkongsi impak yang terjadi dek perananannya di dalam drama berkenaan.
Difahamkan, atas watak yang dibawanya, bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu memaklumkan dia kehilangan lebih 5000 pengikutnya di akaun Instagram.
Menurut Fizo, ia berlaku mungkin disebabkan lakonannya di dalam drama Adellea Sofea yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 itu.
“Penangan Ikram! Lebih 5000 unfollow aku dkat ig bro!! Hhahha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot!
“Ni abg punya pasal lah…hahhaha. btw tqvm @budakijat yang menjahatkan ikram dan mengasah aku dkat set.tqvm bang.
Ads
“P/s : yg dah unfollow tu jgn emo sgt yea, nanti dah hbs #adelleasofea ni korang follow aku blk yea..hahhaha.
“Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat sofea!,” tulisnya lagi.
Ads
Turut didedahkan menerusi posting itu ialah paparan berbualannya dengan pengarah drama berkenaan, Shahrulezad Mohameddin yang ‘direpost’ kembali.
Meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia lakonan, aktres jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya masih lagi belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Lantaran itu, Nora memaklumkan dirinya masih lagi belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.
“Sebenarnya, sejak daripada awal penglibatan saya di dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya sehingga dimamah usia. Saya ada sasaran saya sendiri.
“Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak ‘hopeless romantic’.
“Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon yang menempa nama menerusi sitkom Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milik pelakon, Nabila Huda yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Nora turut menambah, dia juga memasang impian untuk memiliki rumah produksi sendiri satu hari nanti.
“Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang industri seni ini kerana ini merupakan minat saya.
“Saya memasang impian untuk membuka sebuah rumah produksi. Saya mahu beri fokus pada bidang penerbitan dan pengarahan,” jelasnya lagi.
Nora turut menambah, antara individu yang memberikannya inspirasi untuk beralih ke bidang belakang tabir ini ialah rakan selebriti iaitu Janna Nick.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, sepanjang berlakon dibawah arahan Janna, dia amat terpegun dengan komitmen dan cara kerja yang ditunjukkan oleh rakan sangkatannya itu.
“Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengan dia untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.
“Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun.
“Saya ada bertanya kepada Janna, apa pengalamannya sebelum ini? Ada masuk kelas mengarah ke? Dia kata tiada dan semua itu hadir kerana minat.
“Kalau dia boleh, maknanya saya pun boleh. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya in love la dengan cara kerja dia,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem terbaru lakonan Nora yang berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain Nora, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya MK, Ropi, Yassin Senario dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nora Danish & Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memberikan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut mendedahkan mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan yang sering diungkapkan dirinya kepada suami, sebelum ini.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelapan sayangku. I takde ucapan panjang-panjang untuk you sebab…
“Setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekian lama bersabar menanti dikurniakan rezeki zuriat, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini reda dengan ketentuanNya.
Dia percaya percaturan yang sudah ditentukan Allah SWT adalah terbaik.
“InsyaAllah berlapang dada, redha dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us Doakan kami ya semua,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Elizad dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.
Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, sekitar bulan Oktober 2020.
Namun, impian untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian setelah Elizad mengalami keguguran sebulan selepas menjalani rawatan kesuburan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea, Kim Soo-hyun akhirnya tampil bersuara selepas dihimpit pelbagai spekulasi panas melibatkan dirinya dan mendiang Kim Sae-ron.Dalam satu sidang media yang berlangsung...