Hikmah berkahwin dengan wanita muallaf, pelakon Sabri Yunus mendedahkan dirinya kini makin istiqomah dalam mendalami ilmu agama untuk menjadi tempat rujukan buat isterinya, Angeline Tan.
Lantaran itu, Sabri memaklumkan dirinya harus berguru dengan golongan agamawan agar tidak menimbulkan kekeliruan.
“Memang wajib buat saya mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi apabila ingin berkahwin dengan muallaf.
“Sepanjang puluhan tahun kami berkawan, saya tak berani nak bercakap mengenai Islam. Saya risau ia menjadi sensitif dan merenggangkan hubungan.
“Namun, sejak PKP lalu dan ketika kami memutuskan berkahwin, barulah saya berani bercerita tentang Islam. Sejak itu, Angeline banyak bertanya tentang agama.
“Jadi, saya kena buat rujukan. Antara tempat rujukan saya adalah adik saya sendiri yang juga merupakan ustaz,” katanya kepada MH.
Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tuan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, dia harus membuat rujukan ditempat yang betul agar ilmu tersebut mudah disampaikan kepada isterinya.
“Saya juga ada membuat rujukan di Youtube. Namun, saya kena memilih yang sesuai. Terus terang saya katakan, kebanyakkan ceramah agama kita hari ini hanya sesuai untuk orang Islam dan Melayu.
“Saya perlu cari yang sesuai untuk orang bukan Melayu. Hikmahnya, saya kini jadi lebih rajin cari tahu tentang agama. Kita kena terangkan dengan dalil dan logik.
Ads
“Kita tak boleh cakap sahaja sebab Tuhan suruh. Jadi, saya kena perkenalkan kepada dia konsep ketuhanan dan amalan dalam Islam,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini bersedia untuk menjawab pertanyaan orang ramai tentang agama, Sabri berpandangan rujuklah dengan mereka yang lebih pakar.
Ads
“Saya tidak bersedia untuk menjawab kepada orang lain. Saya belum berani. Tugas saya sebagai suami adalah untuk menjawab pertanyaan isteri. Jika orang lain bertanya, lebih baik jumpa orang yang sepatutnya.
“Lagipun saya bukan ustaz. Saya tak boleh nak sembarangan bagi penerangan. Saya pun tak nak nanti orang kata saya memandai-mandai,” akhirinya.
Terdahulu, Angeline Tanya Abang Jawab merupakan sebuah program bual bicara santai yang membincang mengenai persoalan-persoalan daripada saudara baharu mengenai Islam.
Program 13 episod ini bakal mula bersiaran pada 18 September ini di saluran TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Plus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah berkongsi bersama pengikutnya di Instagram mengenai pengalaman dia berhijab.
“Mungkin kita tak tahu apa nawaitu dia orang nak pakai tudung tu, mungkin nak berfesyen dan juga nak tutup aurat ataupun nak tutup aurat dalam masa yang sama still berfesyen.”
“Sebenarnya setengah orang bila dia komen sebab dia tak pakai tudung ke ataupun dia kata oh buat apa i buat tak ikhlas ataupun belum dapat seru, sama ada you ikhlas atau tak ikhlas, tutup aurat tetap wajib!,”katanya.
Menurut Che Ta, dia memakai hijab bukan secara paksaan daripada suaminya, Zain Saidin malah Che Ta membuat keputusan untuk berhijab atas kerelaan hatinya sendiri.
“Tapi dengan I sendiri dia tak pernah suruh pun, cakap sayang you pakailah tudung…cuma balik daripada umrah, I nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang you pakai tudung ke? I cakap aah,”
“Dan mungkin kadang-kadang bila kita bertudung, kita buka tudung mungkin itu dugaan untuk kita,”kongsi Che Ta.
Selepas isterinya, Fazeera Nazri mengumumkan mengenai kehamilannya, kini giliran pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi berita gembira itu kepada peminat.
Menerusi Instagram hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mendedahkan Fazeera disahkan hamil selepas sebulan mereka mendirikan rumah tangga
Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun ini tidak mendedahkan usia kehamilan isterinya itu.
“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah! Muka abe joe terkejut + terkedu + super excited.
“Ye la baru sebulan kahwin tetibe my wife tunjuk test kit tu and cakap ‘sayang i positive!’. Positive ape ni sayang?
“Syukur Ya Allah rezeki 2022 ni datang back to back dengan izinMU ya Allah.
“Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah, akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Ameen,” tulisnya.
Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Norman Hakim telah menyertai sebuah operasi bagi membanteras lanun cetak rompak bersama pihak berkuasa dengan kelolaan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Norman, serbuan tersebut dibuat hasil daripada risikan pihak polis dan itu merupakan operasi sebenar.
“Cerita lewat malam tadi. Salah satu dari 2 serbuan. Ini bukan ‘cobaan’, bukan lakonan, ini ‘betul2’, ini realiti. Bukan main redah, tapi dah lama buat penyamaran dan risikan oleh team Skuad Banteras
“Ada lagi lanun vcd & dvd cetak rompak ni. Cuma malam tadi dapat ‘ikan bilis’ je. Perasaan berbaur. Ada rasa kesian & marah. Kesian sebab ‘ikan bilis’ ni pun berniaga untuk survival hidup dan dipergunakan oleh ‘jerung’ yang masih berleluasa,” tulisnya.
Jelas pelakon drama, Gerak Khas itu lagi, dia sememangnya berasa amat geram dengan perbuatan tersebut kerana menyifatkan golongan ini seolah-olah tidak menghargai usaha para penggiat seni.
“Yang jadi marah sebab memperniagakan karya kreatif yang dirompak sewenang-wenangnya untuk untung atas angin. Undang-undang tetap undang-undang.
“Alhamdulillah semua pegawai-pegawai Penguatkuasa Skuad Banteras amat efisien berdasarkan latihan & pengalaman.
Meskipun segalanya dilihat berjalan dengan agak lancar, Norman bagaimanapun mendedahkan operasi mereka telah diekori individu yang tidak dikenali sewaktu melakukan serbuan di lokasi yang kedua.
“Tidak berlaku sebarang provokasi & kekerasan. Semua berjalan lancar walaupun masing-masing ada senjata. Cuma dalam serbuan ke-2 kami diekori rapat oleh tonto
“Ini sekadar ‘teaser’. Boleh tengok full video. Nanti akan saya share. Misi seterusnya lepas ni untuk serbu ke alamat-alamat mereka yang tak bertanggungjawab yang suka download link & share karya kreatif secara percuma tanpa izin. Ada dah alamat ni. Agak-agak siapa yg kena ek? TUNGGU!!,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian tersebut dan berharap agar jenayah seperti ini dapat segera dihapuskan.
Dalam perkembangan lain, Norman bakal tampil menerusi drama Gerak Khas The Finale yang akan mula bersiaran pada hari ini di saluran TV3.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!