“Lebih Baik Kita Berkurung,” – Andai PKP Dilanjutkan Ke Ramadan, Menteri Agama Minta Nasihat Ustaz Azhar Idrus. Sifatkan Sebagai ‘Bala Dalam Nikmat’

Share

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi muzakarah dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyentuh soal andai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan.

Mufti Wilayah itu meminta pandangan dan nasihat UAI apa yang perlu dilakukan umat Islam andai ianya berpanjangan.

Intipatinya mudah, lebih baik berkurung. Jelas pendakwah dari Terengganu itu, menjalani ibadah puasa dan terpaksa berkurung merupakan bala dalam nikmat kerana banyak perkara maksiat dan tidak elok dapat dielakkan.

Sekaligus dapat menyelamatkan pahala puasa daripada menjadi sia-sia.

Tambah UAI lagi, orang yang memandang ke arah akhirat akan melihat PKP sebagai nikmat dan rasa bersyukur dapat menjalani ibadah puasa dengan berkurung. Dalam erti kata lain ‘mata selamat, pahala selamat’.

Dia turut menyentuh isu solat tarawih dan menyatakan Rasulullah SAW sendiri memulakan solat tarawih di rumah dan selepas itu baru ia dilakukan di masjid secara berjemaah. Tegasnya lagi, inilah masanya ibu bapa boleh mengajar dan memastikan anak-anak bersama menunaikan solat tarawih berjemaah di rumah.

Foto : Instagram Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Published by
Noraini Abd Wahab