Pengacara dan penyampai radio, Radin Era menzahirkan rasa sedih selapas rakan baiknya yang juga merupakan penyampai radio, DJ Nazz telah pun menamatkan perkhidmatannya bersama stesen radio nombor satu pantai timur, Gegar.
Menurut Radin, sejak diawal perkenalan mereka, DJ Nazz banyak memberikannya tunjuk ajar bukan sahaja dalam bidang penyiaran radio tapi juga nasihat-nasihat mengenai kehidupan.
Tambahnya lagi, DJ Nazz juga merupakan seorang insan yang berhati mulia dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.
“Lebih dari seorang sahabat. Banyak diam tapi berilmu. Jarang menengur tapi sayang. Lebih simpan dari menyakitkan. Dalam tawa ada makna. Tak perlu cari tapi sentiasa ada.
“Persahabatan yang bermula lapan tahun lepas disulami dengan kata-kata jujur tanpa terasa hati,” tulisnya di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Radin turut menitipkan doa semoga DJ Nazz akan terus sukses dalam apa jua bidang yanh diceburinya nanti.
“Harini adalah hari terakhir @nazzgegar bersama di bawah satu bumbung.
“Sentiasa didoakan yang terbaik, sejahtera dan flying high my brother man. Terima kasih untuk segalanya. Kalau rindu, roger kita lepak mamak port biasa,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat DJ Nazz kerana telah menghiburkan ramai pendengar sepanjang bergelar penyampai radio di Gegar.
“Dia adalah legend. High respect for him.
Ads
“Steady Abang Nazz Gegar. All the best.
“Moga keakraban korang kekal.
“Semoga dipermudahkan urusan Bang Nazz selepas ini.
“Semoga berjaya Abang Nazz Gegar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, menerusi hantaran istimewa yang dikongsikan di laman Instagram, stesen radio, Gegar mengumumkan semalam merupakan hari terakhir DJ Nazz berkeudara di Gegar selapas hampir 17 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
“Yang sudah tertulis takkan pernah berubah. Yang sudah jadi tidak bisa berpatah. Semoga Tuhan sentiasa menguatkan. Semoga semesta juga merelakan.
“Jalan lurus @nazzgegar . Sampai jumpa lagi,” tulisnya pengendali akaun tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datin Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut Datin Shahida telah berkongsi satu cerita apabila dia menemui seorang individu yang kelainan upaya yang ingin sangat bertemu dengan suaminya, Datuk Aliff Syukri.
Kongsi Datin Shahida, individu tersebut bisu dan tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan sempurna.
“Keluarga baru saya di rumah…nama dia syukri……umur 20 tahun…x boleh mendengar dan bercakap….datang dari segamat….dia cari rumah saya katanya dari pagi sampai petang sebab nak jumpa dgn @aliffsyukriterlajaklaris …katanya minat sangat…
“Alhamdulillah tetamu tu rezeki sebenarnya…..sembang2 guna telefon je sebab saya x pandai berkomunikasi bahasa insyarat……katanya nak minta kerja….apa2 kerja dia boleh buat……
“Alhamdulillah dah 3 hari dia tinggal di rumah saya…rajin orangnya…..bibik2 saya pun senang dgn dia sebab ringan tulang dan sangat baik…..mereka tulis pakai handfone je jika nak komunikasi……
“Sebenarnya bila jumpa dia saya sedih sebab dia walaupun kelainan upaya tapi happy je sentiasa ceria,kita ni yg sihat sempurna asyik merungut je kenapa begitu begini hidup kita…
“terus insaf dan menghargai apa jua nikmat yg Allah bagi….jadi mengajar kita bersyukur sebenarnya dan menghargai kehidupan kita..Telekung saya dari @muhayya.momentum,” tulisnya panjang lebar.
Dalam pada itu, perkongsian Datin Shahida mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat memberi pujian kepada usahawan yang berusia 34 tahun itu.
Setiap insan yang lahir di muka bumi ini tidak meminta untuk dilahirkan dengan serba kekurangan dan semoga niat murni Datin Shahida sekeluarga mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.
Video : Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Marshanda berkongsi tentang pencapaian dirinya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa setahun.
Menurut selebriti berusia 35 tahun itu, dia mencapai berat yang ideal dari 76kg kepada 56kg, dan berat badan terkini itu adalah berat ketika dirinya berusia 20 tahun.
“Baju lama yang sudah lebih 10 tahun sudah boleh dipakai lagi. Rasa wow,” ujarnya saat disoal oleh media tempatan mengenai perubahan bentuk tubuhnya.
Selain berjaya memakai kembali baju-baju lama. Marshanda juga berkongsi yang dia kini merasa lebih segar dan sihat serta tidak mudah berasa penat apabila melakukan sebarang aktiviti.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini walau bagaimanapun menegaskan yang dia bukanlah seorang yang takut gemuk. Sebaliknya, dia selesa seadanya.
Faktor utama penurunan berat badan yang dilakukannya adalah untuk memenuhi kehendak projek filem terbaharunya.
“Saya selesa sahaja berbadan gemuk, aku sejenis perempuan yang sebegitu. Jadi sebelum ini ada tawaran lakonan, mereka meminta aku untuk menurunkan berat badan sebanyak 15kg,” kongsinya.
Dia yang popular dengan siri Induk Gajah yang disiarkan di saluran penstriman Prime melakukan senaman olahraga selain menjaga pola pemakanan untuk menurunkan berat badan.
Sudah mencapai berat yang ideal, Marshanda menyatakan bawaha dia sudah tidak terlalu mengawal ketat pemakanan sebaliknya meneruskan aktiviti olahraga agar berat badan terjaga.
Sumber foto: Instagram Marshanda
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...