HomeBerita“Lebih Istimewa Abang Saya, Yang Menikahkan Kami,” – Majlis Kahwin Secara Sederhana...
“Lebih Istimewa Abang Saya, Yang Menikahkan Kami,” – Majlis Kahwin Secara Sederhana Di Masjid, Dira Abu Zahar Kenang Allahyarham Bapa Di Hari Bahagianya
Dira Abu Zahar selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun lalu.
Dira atau nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, kira-kira jam 10.30 pagi.
Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Memetik Berita Harian, dia menzahirkan rasa syukur kerana fasa baru dalam hidupnya kini bermula.
“Alhamdulillah, majlis berlangsung secara ringkas, tertutup dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Lebih istimewa abang saya, Muhd Idi Iskandar yang menikahkan kami,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang berusia 36 tahun ini juga tidak menyangka akn diberi peluang sekali lagi menjadi isteri selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
“Namun, Allah bagi rezeki dan peluang lagi. Insya-Allah saya akan berusaha menjadi isteri terbaik kali ini
Ads
“Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu,” katanya lagi.
Difahamkan, pasangan ini berkenalan kira-kira setahun lalu.
Imbas kembali, ini merupakan perkahwinan ketiganya, di mana pada 2007, Dira pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra, 12. Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2011.
Pada 2011, Dira kembali berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan bercerai pada 2016.
Ads
Dira turut menjaga seorang anak angkat, Waris Iskandar Andika.
Sementara itu menerusi Instagram Dira yang dikemas kini, dia turut memberikan dedikasi bersempena hari bapa buat arwah ayahnya, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Sambil menyatakan rasa rindu, Dira menerusikapsyen turut menyifatkan keperibadian yang dimiliki suami sama seperti sikap arwah bapa tersayang.
“Happy father’s day ayah. Alhamdulillah ayah. Kami anak2 ayah telah berjaya berpakat baik2 utk bantu sama2 demi Majlis irah dan syfik.
“All of us still and always care for each other ayah.
You tought us well defining the real meaning of berpakat baik2, Jaga baik2 keluarga kita.
“And now, Insyallah, I’m in a good hands of my lovely husband. He’s just like you… Sabar, tenang, and always nasihatkan irah how to overcome my kalutness and manage my angin.
“I wanna be like you and mak. Hanya cangkul dan tanah sahaja yg mampu memisahkan kami dan anak2.
“You may not be here on my big day, But I know you’ll always be there for me, and all of us. We miss you very much ayah, Alfatihah,” titip Dira.
Foto: Berita Harian, Jijie Zainal & Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dangdut, Mas Idayu telah meraikan hari jadinya yang ke-50 tahun malam tadi bersama kawan-kawannya.
Momen indah itu dikongsikan Mas atau mesra dengan panggilan Mummy menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% itu turut menitipkan doa agar sahabat sentiasa ada bersamanya tidak kira susah atau senang.
“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….
“Kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat, menjadi saudara islam yang sesungguhnya,”tulisnya lagi.
Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Bahru itu juga mahukan yang terbaik untuk sahabatnya dan moga dijauhkan dari musuh.
“Semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya …
“Hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba….. tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku..,” tulis Mas.
Berikut adalah sekitar momen indah Mas ketika meraikan hari jadinya itu.
Di samping itu, peminat turut memuji pasangan ini yang dikatakan sangat romatis dan secocok bersama.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masalahnya, Adik I Pun Tak Jaga Kot,”- Fatin Afeefa Rimas Bila Ramai Teringin Buatnya Adik Angkat
Baru-baru ini pelakon genit, Fatin Afeefa ada menulis satu twit di laman media sosial Twitter miliknya.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin akui dia menerima banyak ‘direct message’ daripada peminatnya yang mahu menjadikan dirinya sebagai adik angkat.
Kongsi bintang filem Tentang Bulan itu, dirinya kurang gemar untuk mengadakan hubungan sedemikian bersama peminatnya.
“I still dont understand how this “abang angkat” “adik angkat” thing works. U guys still do that?
“Sounds like bs to me, no offense,
“I tanya sebab ada orang dm cakap nak jadi abang angkat i, also nak i jadi kakak angkat dia. Masalahnya, adik i pun i tak jaga kot… dah kenapa kau,” tulisnya.
I still dont understand how this “abang angkat” “adik angkat” thing works. U guys still do that?