Sejak kebelakangan ini, pelbagai genre drama dapat disaksikan muncul di kaca televisyen, terutama terbitan produksi luar negara.

Namun, dalam variasi genre yang diketengahkan, drama bercorak santai dan cinta komedi dilihat masih menjadi pilihan ramai.

Perkara ini diakui sendiri pelakon popular kelahiran Thailand, Mark Prin.

Menurut Mark, drama bersiri yang mempunyai plot santai lebih mudah diterima penonton berbanding genre lain.

Pemilik nama lengkap, Prin Suparat, 30, itu turut menambah, ia dibuktikan menerusi sambutan hangat drama terbaharu lakonannya yang berjudul My Husband In Law dalam kalangan peminat di Malaysia.

IKLAN

“Pada pendapat saya, memang benar drama bergenre santai dan komedi mudah untuk diterima penonton. Tetapi, jika dilihat dari skop yang lebih luas, drama My Husband In Law ini lebih kuat pengisian plotnya berbanding drama bergenre berat lain.

“Hal ini kerana, mungkin drama yang turut dilakonankan oleh Mew Nittha ini mempunyai banyak babak yang menarik sehingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menonton,” katanya.

“Lebih Kuat Pengisian Plotnya Berbanding…,” – Hero Thailand, Mark Prin Ulas Perihal Drama My Husband In Law

IKLAN

Drama yang sedang hangat diperkatakan oleh penonton ini mengisahkan seorang lelaki bernama Thienwat yang terpaksa berkahwin dengan wanita yang bukan pilihannya, Moei.

Meski tidak pernah menaruh hati terhadap Moei, namun pintu hati Thienwat akhirnya terbuka menerima apabila melihat kesungguhan wanita itu mencintainya.

Sementara itu, Mew Nittha, 29, yang pernah bekerjasama dengan Mark sebelum ini menerusi drama Rak Nakara berkata, dia begitu senang bekerja dengan lelaki itu kerana sikapnya yang penyabar dan tenang.

IKLAN

“Kami pernah bekerjasama dalam Rak Nakara. Cuma, ketika itu, kami hanya melakonkan beberapa babak sahaja. Saya suka bekerja dengannya sebab dia merupakan seorang yang tenang.

“Kami juga saling membantu antara satu dengan lain jika kami terpaksa berhadapan dengan babak yang sukar ketika penggambaran.

“Walaupun nampak mudah, tetapi apa yang boleh saya katakan, drama ini memang sukar untuk dijayakan,” katanya.

Drama My Husband In Law kini boleh distrim di Dimsum Entertainment.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI