“Definisi Cantik Setiap Orang Berbeza,” – Tasha Manshahar Lebih Selesa Menggayakan Sesuatu Yang Simple & Selamat

Share

Bekas penyanyi yang kini bergelar guru, Tasha Manshahar selesa menggayakan pakaian santai dan tidak keterlaluan.

Baginya, penampilan sedemikian memainkan peranan penting sebagai seorang ibu yang sentiasa sibuk mnguruskan rumah tangga; khususnya menguruskan anak.

“Honestly after a year bersalinkan Muammar, baru I ada mood nak update wardrobe i, baru ada interest nak bersiap sikit. Sebelum ni serius rasa macam tak guna pun nak bersiap sebab nanti selekeh juga urus anak.

“But! Actually bila kita pakai apa yg kita selesa and kita rasa kita nampak cantik/presentable, kita akan rasa alot better about ourselves,” tulisnya.

Malah, isteri kepada penyanyi dan komposer, Fahrur Raqib Majid itu juga selesa menggayakan rona berwarna gelap.

“Disclaimer : definisi cantik/presentable setiap org adalah berbeza. So ikut lah masing-masing punya citarasa.

“I always prefer something simple, safe and easy to style. Colour pun usually lebih kurang sama je. Yg gelap2, yg earth tone, atau yg dusty2,” kongsiny

a.

Sementara itu, di ruangan komen, peminat memuji penampilan kemasnya selari sebagai seorang wanita Muslimah.

Foto : Instagram Tasha Manshahar

Published by
MH