Nazrief Nazri kini bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali lafaz.

Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan di Seavoy House, Titiwangsa, jam 6.10 petang pada Jumaat.

Nazrief yang berusia 28 dan isterinya yang berusia 25 tahun itu selamat dinikahkan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000 selain menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.

IKLAN

Memetik Harian Metro, bekas finalis Hero Remaja itu merakamkan rasa syukur kerana majlis nikahnya berjalan lancar hari ini.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

IKLAN

“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Sebelum ini, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.

View this post on Instagram

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, @nazrief_nazri yang telah selamat bernikah bersama wanita pilihan hatinya dengan sekali lafaz kira-kira jam 6.00 petang tadi di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM15,000. Pihak lelaki telah memberi 3 dulang hantaran berbalas 5 dulang oleh pihak perempuan. Apa yang menarik perhatian kami adalah dekorasi pelaminnya yang begitu indah mata memandang. Pasangan mempelai ini memilih rona putih untuk disarung pada hari pernikahan mereka. Tahniah sekali lagi daripada team Pesona Pengantin. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. 😘 Kredit lagu: Aiman & Syiqin – Malam Bulan Dipagar Bintang cover #PesonaPengantin #NazAqmaTillJannah

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin) on

Foto: Instagram Pesona Pengantin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI