Nazrief Nazri kini bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali lafaz.
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan di Seavoy House, Titiwangsa, jam 6.10 petang pada Jumaat.
Nazrief yang berusia 28 dan isterinya yang berusia 25 tahun itu selamat dinikahkan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000 selain menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Memetik Harian Metro, bekas finalis Hero Remaja itu merakamkan rasa syukur kerana majlis nikahnya berjalan lancar hari ini.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Pesona Pengantin